Bercinta-Bercinta Juga, Jangan Lupa Pertimbangkan Kemampuan Kewangan Pasangan Anda.

Oleh: Zuzu Yasmine

“Ada seseorang pernah menyatakan bahawa bersama pasangan disaat dia tidak memiliki apa-apa adalah satu hal yang terbaik pernah dia lakukan..”. Bermula dengan hanya menaiki motosikal hinggalah dirinya mampu memberi keselesaan pasangan sememangnya perkara yang menyeronokan jika ditempuhi bersama. Tapi ada juga yang lebih memilih pasangan yang sudah selesa dengan kehidupannya.

Semuanya bergantung pada pilihan anda, nak sama-sama susah atau senang itu adalah pilihan anda. Tidak akan ada sesiapa yang menghalangnya. Namun, dalam saat bercinta itu jangan hanya rasa bahagia sahaja. Cuba untuk jeling dan pertimbangkan keadaan kewangan dirinya.



Bukan bila dia tak mempu anda tinggalkan, akan tetapi lebih kepada bagaimana dia uruskan kewangannya. Jika dia hanya membazir tanpa memikirkan masa depan tentu susah juga kelak. Ini kerana, anda tidak tahu sampai bila dia akan mampu seperti sekarang ini. Sebab itu pentingnya mencari pasangan yang bijak menguruskan kewangan.

Bukan sebab mata duitan, tetapi kerana 5 perkara ini.

1. Lepas nikah lebih banyak wang diperlukan

Sebelum nikah lagi telah banyak wang habis digunakan. Sebagai contoh untuk majlis perkahwinan anda itu sendiri, tentu sahaja anda ingin lakukan sama seperti orang lain. Itu belum lagi nak pergi bulan madu serta sewa rumah dan juga beli perabut. Haaa... kalau dia tidak memikirkan semua ini dan terus habiskan wang parah juga kemudian hari.



2. Perlukan wang untuk berkeluarga

Bukan masa nak dirikan rumahtangga dan mulakan hidup sahaja anda perlukan banyak wang. Tetapi, selepas berkahwin rezeki yang tidak disangka seperti penerimaan anak pertama ini juga perlu difikirkan. Masa inilah anda perlu sediakan wang bersalin, kecemasan dan masa depannya. Aduh, bukan senang nak semua ini kalau tiada simpanan yang mantap.

3. Dia tidak akan bergantung kepada anda

Jika dirinya tidak mahir dalam menguruskan wang, malah lebih bijak untuk menghabiskannya, tentu sahaja dia akan mula bergantung harap pada anda bila wangnya habis. Ini lebih parah lagi jika dia pun ingin habiskan wang anda juga. Lama-lama, kalian berdua akan berdepan dengan masalah bersama. Lebih teruk kalau terpalit dengan hutang keliling pinggang.



4. Keadaan boleh berubah

Walaupun anda mewah pada ketika ini, tapi keadaan bila-bila masa sahaja boleh berubah. Sebagai contoh, anda hilang perkerjaan, jatuh bankrap ataupun jatuh sakit yang kronik. Itu semua perlukan wang untuk lalui hari-hari seterusnya.

5. Nak pergi dating pun perlukan wang

Bukan dah kahwin je perlukan wang, tapi masa bercinta ini pun sama sahaja. Malah, jangan terkejut kalau lebih banyak wang yang anda gunakan. Jadi kalau masing-masing terlalu boros sampaikan hujung bulan tiada wang pun susah juga bukan?

Wang yang ada ini bukan untuk dihabiskan hari ini, esok atau lusa. Akan tetapi ia perlu disimpan dan digunakan pada masa depan. Jika anda miliki pasangan yang memikirkan perkara ini, tentu segera kalian jalani hubungan yang halal.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen