Jangan Berkahwin Bila Anda Belum Bersedia, Nak-Nak Lagi Jika Disebabkan 5 Perkara Ini.

Oleh: Zuzu Yasmine

Dalam membuat keputusan untuk berkahwin ini, ia bukanlah boleh dibuat main atau sekadar keputusan suka-suka sahaja. Banyak perkara yang perlu difikirkan selain ingin halalkan rasa cinta sahaja. Antara perkara yang boleh difikirkan adalah seperti pekerjaan yang halal, ilmu rumahtangga serta rasa tanggungjawab.

Namun begitu, sesetendah dari kita membuat keputusan untuk berkahwin kerana melihat rakan-rakan telah berkahwin ataupun bimbang sekiranya pasangan diambil orang. Akan tetapi, rasa bersedia untuk berkahwin itu masih belum ada lagi, semua perkara anda masih ingin berseronok.

Perkahwinan ini bukan hanya melengkapkan dua jiwa dan hati sahaja, tetapi ia juga dipenuhi dengan tanggungjawab dan juga ilmu rumahtangga. Kalau masing-masing tak bersedia nak dirikan rumahtangga tentu tiada tolak ansur dan bertimbang rasa dalam rumahtangga.



Sebab itulah, selagi belum bersedia nak berkahwin jangan kahwin walaupun dengan 5 alasan ini.

1. Desakan pasangan

Pasangan ajak kahwin untuk menunjukkan rasa cinta dan kasih sayang, jika tak kahwin tak sayang. Bukan kasih sayang dan cinta sahaja kena fikirkan, kena fikir juga akan tanggungjawab. Kalau kahwin sekadar nak suka-suka sahaja payah juga nanti.



2. Desakan keluarga

Keluarga rasa anda sudah cukup umur untuk dirikan rumahtangga dan mempunyai keluarga sendiri. Walaupun sebenarnya, anda tidak lagi bersedia untuk mendirikan rumahtangga. Cuba berbincang dengan kedua ibu bapa anda dan berikan sebab yang kukuh. Mereka mungkin akan hormati keputusan anda.

3. Rakan-rakan telah berkahwin

Jangan hanya kerana rakan-rakan anda telah berkahwin, anda pun ingin berkahwin juga. Sedangkan, rasa bersedia untuk berkahwin setiap orang itu adalah berbeza dan tidak sama. Boleh jadi dia dah bersedia, anda pula belum.



4. Takut tidak laku

Jangan bimbang, setiap orang Allah telah sediakan jodoh buat dirinya. Mungkin anda belum bertemu dengan seseorang yang tepat buat diri anda. Lebih baik tunggu pada waktu yang tepat dari anda tersalah pilih pasangan.

5. Merasakan dah sampai masa

Jika anda merasakan saatnya telah tiba dan anda juga sudah bersedia. Jangan anda berlengah lagi tapi jika anda merasakan bersedia kerana orang sekeliling anda, anda perlu memikirkan perkara itu dengan lebih mendalam lagi.

Jangan terlalu bimbang akan perkahwinan ini, bila masanya telah tiba anda tentu akan melaluinya juga. Jika belum, tentu anda rasa banyak kurangnya. Yang penting kena bersedia dalam ilmu rumahtangga.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen