Sifat Sederhana Wanita Menjadi Idaman Lelaki, Korang Ada Sifat Ini?

Oleh: Zuzu Yasmine

Selalunya, wanita yang cantik, putih mulus, tinggi lampai serta mempunyai kerjaya yang baik begitu mudah mendapat perhatian dari mana-mana mata jejaka. Tapi, ada perkara lain yang si jejaka cari dalam diri seorang wanita yang bukan sekadar luaran sahaja.

Ramai wanita berlumba-lumba mementingkan luaran dan menjaga luarannya dengan sebaik mungkin. Sebab itu ramai wanita sanggup berhabis duit dan tahan sakit demi mendapatkan kecantikan luaran yang mereka rasa mendapat perhatian daripada si jejaka.



Bahkan, sehingga mereka sendiri lupa untuk menjaga sikap dan budi bicara mereka sendiri. Sedangkan, luaran dan dalam itu sama-sama penting buat lelaki yang sedang mencari calon pasangan hidup.

Satu kajian yang diterbitkan dalam jurnal Society for Personality and Psychology Sosial mendapati bahawa lelaki lebih suka wanita yang mempunyai kualiti yang baik. Baik di sini boleh ditakrifkan sebagai sifat mesra, terbuka dan balas dengan baik kepada lelaki yang mendekati dia.



Ciri yang baik ini juga kelihatan lebih feminin di mata lelaki, daripada wanita yang kelihatan tegas. Wanita tegas dan jual mahal mungkin membuat lelaki ingin tahu, tetapi nampaknya lebih banyak lelaki memilih wanita yang baik.

Lebih mudah bagi lelaki untuk mendekati wanita yang baik dan responsif daripada mereka yang dingin dan mempunyai masalah tersenyum. Lelaki yang mendekati seorang wanita pastinya berharap cinta mereka dapat diterima oleh wanita yang dekat dengannya, dan mendekati wanita yang baik hati adalah kurang rasa tegang bagi mereka.

Oleh itu, pastikan anda mempunyai sifat yang baik, mesra dan responsif terlebih dahulu jika anda ingin mendapatkan seorang lelaki yang baik.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen