Duduk Rumah Pun Masih Kena Jaga Kulit Muka, Ini Step Mudah Dapatkan Kulit Ala Artis Korea.

Oleh: Zuzu Yasmine

Bila duduk terlalu lama ini, tentu akan timbul rasa malas nak uruskan diri sendiri. Sebabnya, tak ada orang nak lihat malah dah melekat dekat katil sahaja, memang malasla jawabnya. Ada juga yang merasakan tidak perlu sangat nak jaga kulit masa dekat rumah ini, bukan ke habuk atau cahaya matahari dari luar.

Jika anda berasa malas nak jaga kulit wajah itu biasa, tetapi di dalam rumah juga, kulit wajah anda masih terdedah dengan habuk dan juga cahaya matahari walaupun tak keluar rumah. Haaa... sebab itu nak kulit cantik mulus ala Korea ini, dekat rumah pun kena jaga kulit wajah.

Malah paling penting, kalau nak kulit seperti artis Korea, anda kenalah rajin-rajin jaga kulit walaupun terasa leceh dan malas. Nak-nak lagi kalau anda idamkan glass skin yang menjadi trend di Korea sekarang ini.



Walaupun dekat rumah, jangan lupa untuk kekal guna 5 Perkara ini.

1. Jangan lupa cuci wajah atau makeup anda

Walaupun tidak ke mana-mana, kulit wajah anda masih lagi terdedah dengan habuk. Jadinya, jangan lupa untuk cuci wajah anda 2 kali sehari, iaitu waktu siang dan juga sebelum tidur. Malah, buat mereka yang makeup walaupun di rumah pastikan untuk cuci makeup anda sebersih mungkin menggunakan makeup remover atau oil cleanser. Ini penting!



2. Jangan skip toner

Penggunaan toner adalah paling penting. Selepas cuci muka, anda perlu menggunakan toner. Ramai yang beranggapan bahawa toner ini hanya akan buat kulit menjadi lebih kering sahaja. Itu semua salah. Bukan itu sahaja, ada juga yang anggap toner ini tak pakai pun tak apa. Kegunaan toner untuk pastikan kesegaran pada kulit anda yang telah dicuci.

3. Pakai pelembap wajah dengan jumlah yang sesuai

Selepas menggunakan toner, jangan lupa untuk menggunakan pelembap yang sesuai dengan kulit wajah anda. Ini kerana, dia akan mengekalkan kulit anda untuk sentiasa lembap. Barulah kulit tak kering dan juga kusam.



4. Sunscreen disiang hari

Banyak yang fikir, sunscreen tidak diperlukan saat di rumah. Anda sebenarnya silap, sunscreen tidak diperlukan jika rumah anda tidak ditembusi cahaya matahari. Kalau ada cahaya sikit-sikit itu lebih baik pakai. Barulah tak sia-sia skincare yang telah anda gunakan tadi.

5. Jangan malas nak pakai mask atau scrub

Waktu berkerja memang tak sempat nak gunakan semua mask yang ada, kini bila di rumah gunakan sebaik mungkin. Nak-nak lagi kalau anda jenis suka guna sheet mask, lagi cepat nampak kesannya. Tapi jangan lupa juga untuk scrub kulit wajah anda 3 atau 2 kali seminggu.

Ini dah paling ringkas dan mudah nak jaga kulit wajah saat bermalasan di rumah. Step dan makin mudah, anda pula kena rajin. Selamat mencuba!



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen