Lelaki Bila Jatuh Cinta, Dia Akan Berubah Dalam 5 Perkara Ini.

Oleh: Zuzu Yasmine

Bila cakap mengenai cinta pada lelaki, mereka ini bukan seorang yang mudah nak luahkan segalanya. Nak-nak lagi jika itu berkaitan dengan perasaan mereka. Lagilah mereka nak sorok dan sembunyikan, itu belum lagi perlu berdepan dengan ego mereka.

Lelaki ini selalunya bila dia cintakan seseorang itu, dia akan lebih kepada tindakan. Sebab itulah, nak tahu seseorang itu sayang dan cinta akan anda atau tidak lihat pada perbuatannya. Jangan tunggu kata-katanya, kerana lelaki tidak akan lakukan perkara itu.



Biasanya, lelaki kalau jatuh cinta dia akan lakukan beberapa perkara seperti ini;

1. Menjadi seorang yang cerewet demi kebaikan anda

Kalau lelaki ini tiba-tiba banyak cakap dan selalu bimbangkan diri anda, maka itulah cara dia menunjukkan bahawa dia menyayangi anda. Walaupun kadang kala merimaskan, tetapi dia cerewet kerana mahukan yang terbaik buat orang yang dia cintai.



2. Cuba terima rakan-rakan anda

Dia cuba untuk terima rakan-rakan anda, walaupun tidak selesa tetapi demi anda dia akan lakukan juga. Ini juga merupakan salah satu cara dia untuk kenal orang sekeliling anda. Bukan apa, dia ingin tahu bagaimana orang yang anda berkawan selama ini.

3. Sentiasa tunjuk mahir semua perkara

Bukan nak tunjuk dia bagus, tetapi lebih kepada dia ingin tunjuk bahawa dia adalah bakal suami terbaik buat diri anda. Sengaja tunjuk yang dia mahir dalam baiki rumah ataupun kereta, itu pun salah satu tanda dia sayangkan anda.



4. Berhati-hati dengan keluarga anda

Oleh kerana dia mahukan diri anda, sudah tentu dia akan berbuat baik dengan keluarga anda. Malah sikapnya dengan keluarga anda juga berlainan, lebih hormat sambil mengambil hati mereka. Ini kerana, dia tahu bahawa anda akan pentingkan keluarga anda dalam segala hal.

5. Terima kekurangan anda

Di depannya, walaupun anda tunjuk muka baru bangun tidur tanpa makeup sekalipun, dia tetap akan okay sahaja. Dia tak pernah kata kenapa tidak cantik dan sebagainya. Sama juga kalau anda tunjuk perkara yang anda rasakan kurang, dia bersedia untuk lengkapkan semuanya.

Jangan mengharapkan kata-kata sayang akan keluar dari mulut lelaki, biasanya mereka ini akan lebih kepada perbuatan dan tindakan. Jika anda lihat dirinya lebih caring dari biasa, tentu sahaja dia menyimpan sesuatu di dalam hatinya. Jadi hargai setiap apa yang dia lakukan kepada anda.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen