Lakukan Ini Bila Si Dia Sudah Tidak Tertarik Dengan Anda Lagi, Jangan Terburu-Buru Buat Andaian Sendiri.

Kebiasannya perkara ini akan berlaku apabila hubungan itu terlalu lama ataupun kalian dalam hubungan jarak jauh. Masa dan situasi akan membuatkan pasangan atau korang sendiri akan mula kurang minat antara satu sama lain. Lalu ia akan menimbulkan perkara ini.

Selalunya, bila sudah tidak saling tertarik ini, ramai yang akan membuat kesimpulan bahawa hubungan tersebut patut diakhiri. Tapi, jangan terburu-buru. Walaupun sudah tak ada rasa tertarik antara satu sama lain, tentu sahaja rasa sayang masih ada. Jadinya, cuba perbaiki hubungan dahulu sebelum membuat keputusan untuk berpisah.



Apa nak buat?

Perbincangan dari hati ke hati

Selalunya bila perkara ini berlaku, kalian tentu sahaja akan mula berjauhan dan alami saat yang tegang. Tapi, jangan nak marah dan ikutkan hati sendiri, adalah lebih baik kalau kalian bincang semula dengan baik. Bincang mana silap dan mana harus perbaiki dahulu.

Ubah penampilan

Boleh jadi kerana keadaan yang terlalu selesa membuatkan anda tidak menjaga penampilan anda, maka dengan itu ubah penampilan anda agar lebih fresh. Nak-nak lagi kalau dulu dia pernah tegur mengenai penampilan anda yang dia tidak minati, jadi ubah la.



Cuba perbaiki diri sendiri

Kadang bukan silap dari dia, tapi silap dari diri sendiri. Cuba berfikir secara dalam dimana silap anda dalam hubungan tersebut. Apa yang membuatkan dia seperti itu dan mula hilang tertarik dengan anda. Cari tahu dan perbaiki.



Cari tahu mengapa dia seperti itu

Jika anda merasakan anda tidak ada melakukan silap atau salah, malah merasakan semuanya baik sahaja. Cari pula sebab megapa dia seperti itu secara diam-diam, adakah dia ada masalah, atau ada seseorang yang tiba-tiba datang mendekatinya atau apa pun. Tapi pastikan secara senyap agar kalian tidak bertengkar dengan lebih teruk lagi.

Buat keputusan yang terbaik

Jika sudah tiada perkara yang boleh dilakukan, maka cuba lakukan keputusan yang terbaik buat anda. Jika pertahankan itu melukakan, maka perpisahan adalah jalanya. Kalau anda rasa pertahankan itu membuatkan kalian kembali menghargai maka lakukan itu.

Apa sekali pun yang anda lakukan, pastikan anda menjaga hati anda terlebih dahulu. Jangan kerana anda mahukan dia, anda membiarkan hati anda terluka.



Artikel Lain

Tinggalkan Komen