Pilih Seseorang Yang Sama-sama Ingin Berjuang Dalam Hubungan, Bukan Hanya Anda Yang Terkejar-Kejar Dirinya.

Oleh: Zuzu Yasmine

Sedalam mana pun cinta anda terhadap dirinya, tapi jika anda sahaja yang menyayanginya itu semua tidak berguna. Dalam hubungan ini, kena ada sama-sama berjuang untuk pertahankan hubungan, bukannya anda seorang diri manakala dirinya buat sesuka hatinya pula.

Ingat! Bila nak pilih pasangan ini, pilih yang akan berjuang untuk diri anda juga. Mempertahankan hubungan bersama kerana kasih sayang dan perasaan cintanya pada diri anda. Ini kerana, berjuang bersendirian bukan perkara yang mudah dan seronok.



Jangan Hanya Asal dalam Cinta, Tetapi Lihat Bagaimana Keupayaannya Menjaga Hubungan

Anda mesti memilih siapa yang mahu bersama dengan anda, bukan sahaja anda yang ingin bersama dengannya, barulah anda tidak makan hati anda sepanjang masa. Memendam perasaan seorang diri hanya kerana sayangkan hubungan sangat tidak berbaloi, kerana akhirnya anda juga yang akan kecewa.



Jangan anggap bahawa dia akan berubah akhirnya, jika anda mempertahankan segalanya

Sudah tentu akan ramai yang berfikiran seperti ini hanya kerana dirinya berkorban untuk orang yang tersayang. Anda perlu sedar bahawa mereka tidak akan berubah dan akan masih sama selagi mereka tidak kehilangan diri anda. Ini kerana, mereka tahu bahawa anda takut akan kehilangan mereka.

Jangan hanya kerana cinta anda butakan segalanya

Kerana perasaan anda, anda sanggup lupakan segalanya dan abaikan segalanya. Anda sanggup lukakan hati perasaan anda untuk perkara yang memang tidak akan pernah miliki. Buka mata anda, dan lihat apa yang dia telah lakukan pada diri anda. Sampai bila nak bertahan?



Anda percaya bahawa dia akan nampak segala yang anda lakukan, itu adalah mustahil

Jangan kata bahawa dirinya lihat segala apa yang anda lakukan buat dirinya. Mereka tidak pernah nampak atau memahami. Mereka akan abaikan segala perkara dan terus nikmati apa yang mereka mahukan.

Berfikir secara realistik, bukannya penuh dengan harapan atau angan-angan sahaja

Apa yang anda fikirkan itu hanya angan-angan yang anda harapan. Cuba berfikir secara logik dan terima segala kenyataan. Walaupun terluka, itu adalah kenyataan sebenar.

Jika kehilangan dirinya itu akan memberi kebahagiaan buat diri anda, maka lakukan itu. Anda juga berhak untuk bahagia. Anda perlu pilih seseorang yang juga ingin bersama anda dan pertahankan segalanya bersama anda. Bukan anda bersendirian untuk semua perkara itu.



 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen