Work From Home? Ini Tips Agar Anda Lebih Selesa & Fokus Ketika Waktu Kerja.

Oleh: Zuzu Yasmine

NGKHJ-MY forex, 54Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah membuat perutusan khas berkenaan tindakan kerajaan dalam melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan bermula 18 Mac sehingga 31 Mac ini.

Sehubungan dengan itu, penutupan semua premis kerajaan dan swasta kecuali yang terlibat dengan perkhidmatan penting negara (atau essential services) akan berkuat kuasa dalam tempoh ini bagi menyekat penyebaran wabak COVID-19.

Dengan penutupan semua premis ini membuat rata-rata majikan mengambil keputusan agar membenarkan staff mereka untuk melakukan kerja dari rumah atau work from home, untuk memastikan segalanya masih lagi berjalan seperti biasa, bagi beberapa bidang.



Sebagai perkerja, sudah tentu kita perlu mengekalkan produktiviti kita sama seperti di pejabat walaupun berkerja dari rumah. Ini kerana, peranan dan tanggungjawab kita masih lagi diperlukan, bahkan tidak dilupakan ini juga merupakan amanah yang perlu dipegang sejujurnya.

Di dalam rumah, sudah tentu terdapat pelbagai gangguan seperti tempat tidur serta anak-anak buat mereka yang telah berkeluarga. Jadi bagaimana nak kekal fokus dalam tugasan yang diberikan?

1. Tentukan sudut berkerja

Ini adalah perkara yang paling penting di mana, kalian perlu mempunyai ruang kerja yang memastikan bahawa kalian lebih fokus dan selesa. Biasanya, sediakan ruang kerja yang jauh dari pandangan tempat tidur atau tempat yang tenang. Tidak lupa pastikan tempat itu selesa buat diri anda.

2. Mulai kerja pada waktu yang sama

Jangan sengaja melengahkan masa kerana ia akan memakan masa lebih banyak dari biasa. Pastikan anda mulakan kerja sama seperti waktu anda di pejabat dan jangan tangguhkan kerja anda. Seperti yang kita tahu bahawa, di rumah lebih banyak gangguan berbanding di tempat kerja. Jadi utamakan kerja anda dahulu kemudian barulah perkara yang lain.



3. Utamakan kerja anda dalam hal lain

Bila di rumah, akan ada anak-anak mengganggu anda, bahkan tentu sahaja anda akan terasa nak melakukan tugas-tugas rumah anda juga pada ketika itu. Ketepikan semua perkara itu, lebih utamkan tanggungjawab anda pada majikan anda. Ini kerana, pada waktu itu adalah waktu anda berkerja. Jadi berikan komitmen kepada kerja anda.



4. Jangan mudah tergoda untuk berehat

Ini selalu sangat akan berlaku apabila anda berkerja dari rumah. Rasa ingin rehat dengan menonton televisyen atau tidur sebentar akan membuatkan anda membuang masa yang lama. Anda mungkin terleka hingga membuatkan segala kerja anda tergendala.

5. Jangan keluar

Waktu ini bukanlah waktu yang sesuai untuk anda keluar rumah atau berjalan-jalan. Waktu ini adalah waktu hadkan pergerakkan anda, malah ia juga merupakan waktu kerja anda. Jadinya, jangan lupa untuk kekal dengan tugas anda.

Orang ramai juga dinasihatkan untuk tidak panik sementara semua pihak sedang bertungkus-lumus membendung penularan wabak COVID-19. Selain itu, orang ramai juga diminta agar kekal berada di rumah dan kurangkan perjalanan khasnya pulang ke kampung.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen