5 Kesalahan Bila Bercinta Dengan Si Duda. Paling Penting Kena Terima Anak-Anaknya.

Oleh: Zuzu Yasmine

Tiada siapa tahu anda akan bakal berkenalan dengan siapa. Lelaki bujang ataupun duda, itu semua bukan pilihan anda. Mana tahu perasaan itu hadir dengan sendirinya dan tiba-tiba anda menyukai seseorang yang selama ini anda tidak jangkakan. Bila dah ada perasaan ini sudah tentu anda ingin memilikinya.

Kalau nak handle si bujang mungkin mudah sahaja. Tapi nak handle si duda ini agak rumit sedikit. Mana tidaknya, hubungan lalu mengajar mereka ini banyak perkara. Jadi dalam memiliki dan memikat hati si duda ini, anda perlulah bijak untuk merancang strategi.



Buat mereka yang memilih duda sebagai calon suami, jangan lakukan 5 perkara ini ketika jalinkan hubungan dengannya.

1. Abaikan anak-anaknya.

Jika si dia memiliki anak, pikat dahulu hati anaknya kemudian barulah bapanya. Ini kerana, bila anda berjaya dapat tempat di hati anaknya, anda juga berjaya dapat tempat di hati bapanya. Sudah sifat seorang bapa yang akan mengutamakan kebahagiaan anak-anaknya dulu.



2. Jangan libatkan diri dengan hubungannya yang lalu

Jangan beri komen ataupun judge hubungannya yang lalu, walaupun siapa yang menjadi punca dalam perpisahan itu. Tak cukup dengan itu, jika dia ada hubungan yang tidak elok pun dengan bekas pasangannya, jangan sesekali anda masuk campur. Biarkan sahaja dia yang selesaikan sendiri.

3. Jangan memaksa dirinya untuk segera nikahi anda

Hubungan lalu yang retak itu memberi banyak pengajaran buat dirinya. Bukan itu sahaja, boleh jadi dia masih trauma akan hubungan itu. Jika anda memaksanya untuk segera berkahwin atau ikat tali pertunangan, dia mungkin akan rasa sedikit rimas dan tertekan. Cuba beri ruang juga buat dirinya untuk berfikir dan pulih semula.



4. Anda bukan ambil kesempatan ke atas dirinya

Sesetengah orang mendekati kerana dirinya ingin kelebihan yang dia miliki. Anda perlu tahu bahawa dirinya itu banyak komitmen jika dia memiliki anak-anak yang agak ramai. Jika anda ambil kesempatan ke atas dirinya, tentu sahaja dia akan cepat tersedar akan sikap sebenar anda.

5. Kurang luangkan masa bersamanya

Ketika kalian bercinta, jangan lupa untuk luangkan masa bersamanya dan anak-anak. Barulah anda tidak terkejut dengan perubahan selepas kahwin nanti. Bukan itu sahaja, anda juga akan lebih kenal anak-anak dirinya jika selalu luangkan masa bersama. Barulah sesuai jadi ibu kepada anak-anak itu.

Walaupun dia berstatus duda, itu bukan bermaksud dia mudah anda pedaya. Mereka ini lebih banyak pengalaman, malah sentiasa lebih berhati-hati dalam mencari pasangan baru.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen