Ini 5 Panduan Dalam Mencari Lelaki Beriman, Bukan Penunggang Agama. Hati-Hati Dalam Memilih.

Oleh: Zuzu Yasmine

Kadang kala, wanita sememangnya tidak kisah pun akan siapa pasangannya, asalkan dia cukup menyayangi dan ikhlas bersamanya itu sudah memadai. Namun begitu, kadang kala bukan mahukan yang ustaz atau imam surau, akan tetapi yang tahu serba sedikit mengenai ilmu agama itu juga penting.

Setidak-tidaknya, bolehlah si suami membimbing isteri ke arah yang lebih baik. Bahkan kalau ada kurangnya isteri mengenai bab agama boleh si suami tunjukkan. Bukan mahukan yang duduk di surau atau masjid sentiasa, tetapi ingin seorang yang tahu halal dan haram di sisi agama Islam.

Tapi macam mana nak kenal seseorang yang luaran nampak biasa tetapi di dalamnya penuh sarat dengan ilmu agama? Haa...lihat beberapa ciri ini pada si dia.



1. Menjaga solat

Perkara yang paling utama yang perlu lihat pada dirinya adalah bagaimana dirinya menjaga solat. Adakah dia selalu meninggalkan solat atau memandang enteng terhadap solat. Bahkan, adakah dia selalu mendahulukan solat dalam apa jua perkara. Jika dia menjaga solat dengan baik, maka dialah orang yang anda cari selama ini.



2. Boleh jadi imam

Mungkin bagi sesetengah orang beranggapan bahawa solat ini boleh saja kalau nak menipu, tapi kalau bab menjadi imam ini tentu sahaja tidak ramai yang mampu. Jika seseorang yang menjaga solatnya dengan baik, tentu sahaja dia tidak teragak-agak untuk menjadi imam kerana sudah terbiasa dengannya. Kalau yang tidak biasa, tentu kekok sangat bila dipaksa menjadi imam. Jadi nilaikan sendiri tingkah lakunya.

3. Lelaki yang boleh ditegur dan menegur

Lelaki yang beriman ini selalunya berlapang dada dan mudah menerima teguran dengan hati yang terbuka. Bukan hanya itu sahaja, dia juga mudah menegur anda dengan kata-kata yang berhemah dan tidak menyakitkan hati anda. Senang kata, dia sama-sama ingin berubah ke arah yang lebih baik bersama pasangannya.



4. Bertanggungjawab dan amanah

Dia bertanggungjawab sepenuhnya dengan setiap amanah yang dia terima. Sebagai contoh, dia menjalankan tugas yang baik sebagai seorang anak terhadap ibu bapanya. Dimana, dia tahu bagaimana nak menjalankan tanggungjawab sebagai seorang anak kepada ibu bapanya, sekaligus dia tahu bagaimana nak menjadi ketua keluarga yang baik dan juga adil.

5. Sabar dan bertolak ansur

Sabar itu adalah separuh dari iman seseorang. Seorang lelaki yang sabar, dia tidak akan begitu mudah menunjukkan marahnya, atau mengeluarkan kata-kata kesat. Dia lebih banyak berdiam diri dan cuba kawal segala perasaan marahnya. Bukan itu sahaja, dia juga akan cuba bertolak ansur dengan masalah yang dia hadapinya.

Seorang lelaki yang beriman ini bukan hanya dilihat bagaimana dia menjaga dan mendalami ilmu agama sahaja, akan tetapi dia juga akan menjaga tingkah lakunya dengan baik.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen