Baru Berkenalan Dah Berani Luah Rasa Cinta, Ini Yang Perlu Anda Tahu.

Oleh: Zuzu Yasmine

Sudah tentu ramai yang berjumpa dengan orang seperti ini, baru beberapa hari berkenalan dah mula kata sayang, jatuh cinta dan juga rindu. Tentu pelik bukan kalau tiba-tiba seseorang yang tidak pernah berjumpa tiba-tiba menyatakan semua ini.

Buat anda yang bijak, sudah tentu tidak akan begitu mudah terpedaya dengan kata-kata seperti ini. Namun buat mereka yang mudah percaya dan terpedaya, sudah tentulah bahawa perkara ini yang tersangat dinantikan olehnya.

Ramai yang tahu bahawa dalam masa 3 hari, rasa rindu dan sayang itu tidak mungkin boleh berputik dengan begitu mudah. Akan tetapi, mengapa sesetengah mereka begitu mudah menyatakan perkara ini? Adakah anda terlalu mudah bagi dirinya? Ataupun dia itu yang sengaja pancing diri anda?



Mungkin ini adalah salah satu sebab si dia begitu mudah kata rindu dan sayang pada diri anda.

Terburu-buru kerana bimbang anda dirampas oleh orang lain

Sesetengah orang dia akan bertindak sedikit terburu-buru kerana bimbang akan ada yang cuba memikat hati anda darinya. Sebab itulah dia segera menyatakan cinta agar anda percaya dan lebihkan dirinya. Walaupun dia tahu tindakan ini terlalu awal, tapi dia lebih takut jika terpaksa kehilangan diri anda.



Dia memang dah lama simpan hati pada anda, cuma anda sahaja yang tak perasan

Kadang kala seseorang mendekati anda kerana dirinya mempunyai perasaan terhadap anda, cuba mungkin anda sahaja yang tidak perasan terhadap dirinya. Sebab itulah, bila dia berpeluang nak luahkan segala isi hatinya digunakan kesempatan itu sebaik mungkin. Akan tetapi, biasanya ini jika anda sudah kenali dirinya walaupun dari jauh dan berjumpa hari-hari.

Tak ada pengalaman, jadi dia sahaja nak mencuba nasib

Dia tidak pernah mendekati wanita, bahkan dalam memikat wanita pun inilah kali pertama buatnya. Hanya kerana tak ada pengalaman, dia menjadi tergopoh-gopoh dan saja nak cuba nasib. Mana tahu nasib memihak kepada dirinya.



Dia sengaja luahkan perasaan yang dia rasakan pada ketika itu

Ada orang, dia begitu mudah kongsi perasaan yang dia rasakan pada masa itu. Jika saat itu dia sedang rasa berbunga, seperti jatuh cinta atau mula menyukai anda, dia akan terus segera untuk memberitahu anda. Itu yang mungkin terlalu awal bagi anda tetapi dia hanya luahkan perasaannya pada ketika itu sahaja.

Dia memang mudah jatuh cinta

Sejenis yang mudah jatuh cinta ini memang akan bertindak cepat kalau dalam hal ini. Dia segera menyatakan hasrat di hatinya kerana ingin tahu perasaan diri anda pula. Kiranya, dia ini kalau orang layan baik sedikit sahaja dia memang akan jatuh cinta. Tapi ia cinta dirinya ini bermusim.

Jadinya, anda kena lebih berhati-hati dalam soal ini. Jangan terlalu mudah percaya dan yakin jika saat perkenalan dia telah menyatakan rasa cinta. Boleh jadi ia perangkap ataupun sememangnya ikhlas dengan diri anda.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen