Rajin Amalkan Bacaan Ayat Kursi Untuk Menghindari Dari Hasad Dengki Orang.

Dalam hidup ini, kita tidak akan pernah kenal siapa musuh kita atau siapa yang tidak menyukai kita. Boleh jadi, dihadapan kita dia begitu baik, akrab dan sangat bertimbang rasa. Akan tetapi, bila dibelakang dia lah orang yang begitu tidak senang dengan kebahagiaan yang kita miliki. Orang kata “rambut sama hitam, hati lain-lain”.

Jangan terkejut kalau zaman moden sekarang ini masih ada lagi yang menggunakan perkara-perkara tahyul dan juga kurafat ini. Semata-mata demi memuaskan hati sendiri, manusia sanggup melakukan apa sahaja apabila terlalu mengikut perasaan tanda memikir panjang.



Sihir seperti ini biasanya dihantar oleh seseorang yang mempunyai niat yang buruk atau jahat dan juga mempunyai tujuan tersendiri yang tidak elok. Kadang itu, sihir ini dihantar sebagai sihir pelalau penghalang jodoh, turut berupaya untuk mencetuskan pergaduhan di antara ahli keluarga.

Kadang bukan itu sahaja, ada yang tidak suka akan kejayaan, keselesaan dan kebahagiaan hidup kita. Maka dengan itu, dia melakukan perkara yang tidak sepatutnya. Kalau tak berjaya guna cara halus, akan diguna pula cara jahat, asalkan dapat memuaskan hatinya.

Tanda-tanda gangguan syaitan/ serangan gangguan makhluk halus:

• Tidur dalam keadaan resah, rimas dan cemas serta selalu terjaga
• Mengalami mimpi yang buruk dan menakutkan
• Bermimpi melihat berbagai jenis binatang seperti kala jengking, anjing, tikus dan lain-lain
• Kadang menangis dan kadang ketawa ketika tidur
• Selalu bermimpi terjatuh dari tempat tinggi
• Terasa panas badan terutama di bahagian belakang
• Fikiran selalu kacau, terasa gelap dalam perut, badan terasa lesu dan malas
• Suka marah-marah tanpa suatu sebab yang munasabah
• Selalu sakit kepala
• Hilang fokus pada pekerjaan dan juga percakapan
• Sakit di bahagian bawah tulang kipas dan bawah punggung

Banyak lagi tanda lain selain dari yang tertera di atas. Cara yang paling baik untuk menghindari sihit adalah dengan mengamalkan ayat Kursi selepas solat, setiap pagi, petang dan juga sebelum tidur.



Nabi Muhammad SAW pernah bersabda:

“Jika kamu hendak tidur, bacalah ayat Kursi sampai selesai satu ayat. Maka akan ada penjaga dari Allah untukmu, dan syaitan tidak akan mendekatimu sampai pagi.”
Hadis Riwayat Bukhari (2311)



Artikel Lain

Tinggalkan Komen