10 Tempat Janji Temu "Pertama" & Mungkin Juga "Terakhir" Bagi Wanita.

Oleh: Rafi

Buat wanita diluar sana pasti tak senang duduk degan topik panas kali ni. Mana tidaknya kalau di dada akhbar dan juga dikaca televisyen, berita mengenai jenayah pemerkosaan, cabul dan bunuh sering mendapat liputan meluas. Tidak kurang juga wanita dirompak sebelum ditinggalkan sendirian di tepi jalan, hutan dan sebagainya. Bukan mahu menakutkan anda tetapi inilah realiti yang pincang. Suka saya mengingatkan disini, artikel ini sama sekali tidak menyokong atau menggalakkan anda di luar sana untuk berdating, tetapi lebih kepada langkah berjaga-jaga bagi wanita yang terlalu teruja dengan temujanji pertama. Jadi apa tindakan wanita diluar sana bagi mengelakkan kejadian sebegini daripada menimpa anda? Berikut adalah tempat-tempat yang anda WAJIB elakkan!



1. Tempat yang jauh dari rumah anda.

Ada suara-suara mengatakan 'Kalau nak jadi, depan rumah pun boleh'. Nah, apa anda nak jawab! Jangan lupa langkah berjaga-jaga sangat penting untuk tidak terjebak dalam situasi yang mengancam keselamatan anda. Sekurang-kurangnya anda dekat dengan tempat tinggal untuk minta pertolongan dari keluarga, housemate atau jiran jika ada kecemasan. Dalam situasi ini, pertolongan segera mungkin menyelamatkan nyawa anda!

2. Tempat yang gelap.

Secara logik ikut akal yang sihat, wanita sepatutnya menolak untuk temujanji di kawasan gelap. Selain mengundang fitnah, si dia lebih senang menjalankan operasinya untuk sentiasa rapat dengan anda atau cuba lebih jauh dari itu. Suasana sebegini mendorong si dia untuk bertindak lebih berani dan diluar jangkaan. Daripada tidak ada niat terus pasang niat dan bertindak pada waktu itu juga. Anda yang tidak waspada dengan hal ini telah terjebak dengan mainan si dia.



3. Tempat yang sunyi.

Terangan-terangan tempat yang sunyi adalah tempat yang sangat sesuai bagi si belang menunjukkan taringnya. Anda pula berseorangan tanpa teman, lagi cepatlah si dia mengeluarkan ' kukunya'. Bertemu di tempat cuma anda dan si dia berada sama seperti anda pergi menyerahkan diri anda ke si dia. Ironinya, kalau anda tidak ditangkap khalwat sekalipun anda kemungkinan ' ditangkap ' oleh si dia masuk ke perangkapnya!

4. Di rumah lelaki a.k.a 'date' anda.

Anda dinasihatkan untuk tidak membuat kerja gila dengan menerima jemputan 'date' anda ke rumahnya terutamanya jika si dia mengatakan tiada orang di rumah atau sewa dengan kawan-kawan bujangnya. Jika situasi ini berlaku, berterus-teranglah dan batalkan temujanji pertama anda kerana anda lebih tahu niat lelaki sebegini. Anda bukan saja dating dengan 'buaya darat', malah anda akan terus ke sarangnya dimana buaya-buaya lain sedang menanti mangsa untuk dibaham!

5. Tempat yang anda tidak tahu atau tidak familiar.

Wah bukan main seronok lagi hujung minggu ni nak keluar dating! Nak jumpa kat taman tepi tasik belakang Tesco depan simpang empat bertentangan dengan cendol Pak Li. Sampai-sampai je kat lombong terbiar! Hah mahunya tak menggelupur. Jangan sesekali anda ikut arahan si dia yang nak bertemu dengan anda di tempat yang anda tidak biasa. Boleh jadi tempat yang dinyatakan tidak wujud sama sekali.



6. Di pusat hiburan. 

Bunyi macam cliche kan? Jika anda bersetuju untuk jumpa si dia di kelab malam atau pusat karaoke, anda baru saja mencampakkan diri anda ke lembah kebinasaan! Kenapa? Tempat sebegini adalah syurga pil khayal dan ubat perangsang yang sangat mudah didapati sebagai umpan yang pasti kena mangsanya. Sedang anda asyik layan lagu 'Di sana menanti di sini menunggu', si dia dah siap sedia menunggu anda dengan fresh oren estacy lebih. Siapa ikan besar yang makan umpan ni? Andalah!

7. Di parti rumah kawan.

Tak kira sama ada anda ajak si dia atau sebaliknya, perbuatan ini harus dielakkan! Parti sambut hari jadi mungkin boleh bertukar hari tragedi bagi anda yang terlalu percaya dengan ' date ' anda. Walaupun anda rasa selamat dikelilingi ramai orang, kemungkinan untuk si dia mengajak anda ke bilik atau tempat terpencil jauh dari pandangan orang adalah tinggi dan ini adalah strategi biasa untuk mendapatkan anda dengan cara lebih mudah, cepat dan berkesan.

8. Dalam panggung wayang.

Anda punyalah seronok bila si dia ajak pergi tengok wayang kegemaran anda. Hunger Games lagi! Anda okey je bila si dia tempah couple seat. Baru romantik katanya. Elok sahaja wayang bermula, 'date' anda pun mulakan wayangnya juga. Tapi kali ni si dia pengarahnya dan anda pelakon di bawah arahannya. Si dia mudah ambil kesempatan kalau anda merelakannya. Katakan tidak pada tempat begini. Tambahan pula panggung wayang tersenarai dalam tempat dating paling teruk di laman carian.



9. Tempat parkir kereta. 

Dalam banyak-banyak tempat, si dia pilih tempat parkir kereta nak pickup anda kononnya. Anda di minta untuk parkir kereta anda dan naik kereta si dia untuk dibawa ke tempat special seperti dijanjikan. Tahukah anda cara ini sangat bahaya dan kebarangkalian untuk anda dibawa pergi dan tidak akan kembali sangat tinggi! Kebanyakan jenayah lain seperti simbah asid dan perbuatan yang mendatangkan kecederaan berlaku di sini. Anda tidak boleh jangkakan dengan siapa sebenarnya anda dating, boleh jadi seorang psycho yang menjadikan anda dalam senarai target seterusnya.

10. Dalam kereta. 

Seriously! Si dia bersungguh meyakinkan anda bahawa dia lebih selesa dan mempunyai privacy kalau berduaan dalam kereta. Boleh bawa anda bersiar-siar makan angin dalam kereta mewahnya untuk pancing anda dan diikat dengan ayat romantik. Nak pula si dia bawa anda melihat panorama matahari terbenam di waktu senja. Ianya seperti temujanji sempurna yang menjadi impian setiap orang. Adakah anda yakin yang anda dapat melalui detik indah ini dan segalanya berjalan lancar? Walau apa sekali pun alasannya, menolak pelawaan si dia lebih diutamakan daripada menjadi sebahagian mimpi ngeri anda setiap malam!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen