"Dia Tak Beri Bukan Bermakna Dia Tak Sayang..."Jadi Ini Sebabnya Kenapa Anda Tidak Patut Ceroboh Ruang Privasi Pasangan.

Oleh: Zuzu Yasmine

Selagi belum berkahwin, masing-masing sebenarnya masih memegang status bujang. Maka dengan itu, masing-masing mempunyai haluan dan juga ruang peribadinya sendiri. Berlainan dengan mereka yang sudah berkahwin, dimana perlu lebih beri komitmen dalam hubungan.

Akan tetapi, seperti yang kita tahu sebelum berkahwin lagi akan ada campur tangan pasangan dalam urusan, halangan bahkan juga dengan pencerobohan. Walaupun tindakan itu tidak disukai dan bukan satu yang selesa, tetapi tetap sahaja ia akan kerap kali berlaku dalam hubungan.

Setiap orang mempunyai ruang peribadi mereka sendiri yang mana khas buat diri mereka sendiri tanpa gangguan orang lain. Ada beberapa sebab mengapa anda tidak perlu ceroboh mereka punya privasi si dia.



1. Membuat hubungan cepat renggang

Salah faham dan pertengkaran hanya kerana tidak diberi ruang peribadi ini akan membuatkan hubungan cepat renggang. Nak-nak lagi bila anda cuba ingin kawal dan ambil tahu semua perkara mengenainya. Ada sesetengah orang dia lebih selesa kalau dirinya mempunyai hal yang berkaitan dirinya sahaja.

2. Pasangan akan rasa dikongkong

Ini paling jelas mengapa mereka selalu rasa anda tidak patut lakukan itu atau ini. Pasangan anda tidak akan merasa bebas untuk melakukan apa yang dia sukai hanya kerana lebih mementingkan diri dan hati anda, walaupun hatinya sendiri terluka. Nak keluar dengan rakan tidak boleh, bermain game pula dianggap curang, itu belum bab lain lagi.



3. Pasangan mudah rasa rimas

Setiap kali berjumpa dengan pasangan nak check telefonlah, cemburu itu inilah dan juga rasa pasangan tak setialah. Itu semua adalah perkara yang merimaskan dirinya tanpa anda sedar. Walaupun anda anggap itu kasih sayang tapi makin lama ia membuatkan dirinya tak selesa.



4. Pasangan takut nak komitmen dengan anda

Boleh jadi dia merasakan bahawa anda ingin menguasai hubungan seperti queen contol atau seorang yang mudah cemburu. Lama ke lamaan, pasangan merasakan bahawa dirinya tidak sesuai dengan anda malah memilih untuk jadikan hubungan kalian hubungan sementara bukannya ingin kekal lama dengan anda.

5. Tindakan tergesa-gesa

Kalau dirinya tidak melakukan sesuatu yang mencurigakan, maka anda tidak perlu untuk melakukan semua itu. Melainkan dirinya sememangnya melakukan perkara tersebut, barulah tindakan ini sesuai dengan diri anda. Tindakan tergesa-gesa ini tak sesuai dalam hubungan percintaan.



 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen