Petua Khas Buat Bakal Pengantin, Elakkan Lakukan Perkara Ini Sebelum Kahwin.

Oleh: Zuzu Yasmine

Orang muda zaman sekarang sememangnya sudah tak kisah akan petua atau pantang larang orang dulu-dulu ini, mana tidaknya ada yang menyatakan bahawa itu semua sekadar kata-kata ataupun tahyul semata-mata.

Walaupun begitu, bila difikir balik ia bukan saja-saja untuk melarang tanpa sebab. Sudah tentu segala pantang larang itu mempunyai sebab dan kesannya. Tak salah jika kita mengikuti segala petua dan larangannya itu, mana tahu ia membawa kebaikan buat diri kita sendiri.



Tak salah untuk anda mencuba, nak-nak lagi buat mereka yang bakal bergelar raja sehari. Mana tahu ia sememamgnya berguna buat diri anda.

1. Jangan keluar dengan bakal suami atau isteri selama 40 hari sebelum diijabkabulkan untuk mengelakkan tohmahan orang sekeliling. Selain itu ia bertujuan untuk mengawal nafsu, ia juga untuk menimbulkan perasaan rindu. Perasaan yang timbul akan membuatkan wajah pengantin berseri.

2. Jangan keluar lewat malam atau berembun untuk elakkan unsur jahat atau sihir. Kita tak tahu niat orang terhadap kita, rambut sahaja hitam hati lain-lain.

3. Pastikan anda mendapat tidur yang cukup dan berkualiti iaitu selama 8 jam sehari dan tidak tidur lewat. Ini untuk kesihatan dalaman dan luaran. Barulah jerawat kurang.

4. Sebelum menjadi pengantin elakkan tidur di katil pengantin kerana tidak elok dipandang. Bukan apa, hilanglah exciting bila malam pertama nanti.

5. Elakkan berjemur atau melakukan aktiviti luar sebelum anda berkahwin untuk memastikan kulit tidak menjadi gelap dan kurang berseri.

6. Jika anda merupakan perokok digalakkan untuk berhenti sebelum berkahwin supaya kesihatan anda terjaga. Kan susah bila hari kejadian kita tak sihat.

7. Jika terlalu kerap berjumpa dengan keluarga sebelah lelaki atau perempuan untuk elak fitnah. Jika terlampau kerap, takut lebih banyak keburukan kita terkeluar.

8. Amalkan membaca surah-surah bagi mengelakkan gangguan syaitan dan dekatkan diri dengan Allah supaya mendapat redhaNya.

9. Tiga bulan sebelum anda diijabkabulkan, amalkan urutan untuk kuatkan kembali tenaga yang hilang.

10. Belajar ilmu rumahtangga daripada orang yang lebih berpengalaman dan dapatkan petua-petua yang berguna supaya mudah untuk diikuti.

11. Jangan lakukan kerja-kerja yang berat sebelum majlis untuk elak keletihan.

12. Jangan lakukan onani untuk memauskan diri sebelum anda berkahwin untuk menjaga kesihatan diri. Untuk kaum lelaki, elakkan memakai seluar dalam ketat pada waktu malam.

13. Jangan tidur secara menirap untuk pastikan peredaram darah berjalan dengan lancar. Ini penting!

Tidak semua pantang larang itu bukan satu perkara yang tidak baik, bakal pengantin jangan lupa untuk cuba.




Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen