Sebelum Kahwin Jangan Lupa Check Rekod Pasangan, Tak Payah Pening Kepala Lagi Hanya Ikut Langkah Mudah Ini.

Oleh: Zuzu Yasmine

Sebelum membuat keputusan untuk berkahwin dengan pilihan hati, sudah tentu anda ingin tahu segala hal mengenai dirinya. Nak-nak lagi mengenai latar belakang serta masa lalunya. Ini kerana, semua perkara itu akan memberi kesan selepas berkahwin kelak.

Ketika berkenalan, semuanya memang indah-indah berlaka sehingga nak cari mana kurang pasangan pun tidak dapat dijumpai dengan mudah. Tidak kiralah lama atau sebentar perkenalan kalian, jika pasangan tidak berlaku jujur dari awal hubungan ia akan memudaratkan kalian kelak. Jadi, sebelum berkahwin adalah digalakkan untuk anda selidik dahulu mengenai pasangan anda, barulah tak terkejut mengenai background sebenar pasangan selepas berumahtangga.

Nak-nak lagi yang kenal melalui laman mencari jodoh, media sosial dan dikenalkan oleh rakan-rakan, itu lebih berhati-hati. Tapi jangan bimbang, melalui portal esyariah.gov.my, terdapat ruangan yang anda boleh semak latar belakang pasangan sama ada mereka pernah melakukan jenayah atau tidak dengan hanya menggunakan nombor kad pengenalan sahaja.



Bukannya ragu-ragu akan pasangan, tapi setidaknya anda kenal pasangan sebelum berkahwin dan tidak tersilap langkah. Barulah anda boleh menjalankan rumahtangga dengan lebih baik selepas itu.

Caranya mudah sahaja:

1. Layari website esyariah.gov.my



2. Cari ruangan ‘Semak Status Kes’



3. Plih MAL (untuk kes kahwin/anak luar nikah, etc) atau jenayah



4. Masukkan nombor kad pengenalan



5. Semak keputusan



Ini hanya sekadar pilihan untuk anda lebih berhati-hati dalam memilih jodoh. Bukan apa, masa nak dapat semuanya memang indah-indah sahaja, tapi bila dah dapat baru nampak belang masing-masing.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen