Selalulah Panggil ''Sayang'' Pada Pasangan. Banyak Kelebihan Rupanya Panggilan Ini.

Oleh: Zuzu Yasmine

Masa awal-awal hubungan, bukan main nak panggil sayang, baby, manja, bucuk, ayayang dan macam-macam lagi. Tapi bila dah lama-lama dalam hubungan, semuanya entah ke mana. Dah tak ada dah semua itu yang ada hanya panggil kasar sahaja, dah tak semesra macam dulu.

Dalam hubungan, baik percintaan atau telah berkahwin, panggilan sayang digunakan untuk memanggil pasangan kita. Malah panggilan ini adalah satu panggilan yang dikatakan sangat istimewa buat mereka yang sedang berkasih sayang. Bahkan, ia juga menjadi satu kebiasaan untuk memanggil pasangan mereka dengan nama yang manja ini kerana ia juga sebagai salah satu tanda mengeratkan hubungan.

Nak tahu apa kebaikan panggilan ini dalam hubungan?



Panggilan ini sebenarnya secara tidak langsung akan membawa aura positif dalam diri seseorang. Ia akan membuatkan seseorang rasa lebih tenang dan juga rasa dihargai. Jangan terkejut kalau panggilan ini mampu ubah tingkah laku juga.

Bukan itu sahaja, panggilan ini jika digunakan dalam rutian hatian akan menambah rasa cinta dalam satu komunikasi harian. Panggilan manja dan penuh kasih sayang ini akan memberikan satu komunikasi yang lebih mudah berbanding dengan panggilan nama biasa. Kiranya, dengar panggilan ini sahaja dah boleh buat hati seseorang cair.



Apa yang lebih uniknya dengan panggilan ini adalah, ia mampu membuatkan pasangan yang sedang berkasih sayang lebih dekat dan juga erat. Dengan panggilan ini, pasangan tidak akan rasa renggang walaupun dalam salah faham, malah ia juga rasa dihromati dan disayangi. Jika anda kurang memanggil sayang, ia akan membuatkan kalian berdua terasa jauh dan juga ada jarak dalam hubungan tersebut.

Penggunaan panggilan ini juga sebenarnya memberi satu perkembangan yang baik dalam hubungan. Ia adalah salah satu kaedah untuk mengeratkan hubungan sekaligus membuat saling mempercayai antara satu sama lain. Jangan tak tahu panggilan ini dikatakan satu panggilan yang sihat dalam hubungan.



Tapi sayangnya, apabila sudah mendirikan rumahtangga masing-masing sudah tidak memanggil pasangan dengan panggilan seperti ini. Masing-masing lebih selesa menggunakan kata ganti nama diri seperti ‘’saya awak’’, ‘’I you” dan lain-lain lagi. Sedangkan memanggil pasangan dengan nama ‘’sayang’’ akan membuatkan anda telebih bahagia di sisinya.

Bagi orang lelaki pula, walaupun telah lama berkahwin jangan malu untuk memanggil isteri anda ‘’sayang’’. Ini kerana, panggilan itu mampu kawal tekanan yang dihadapi pasangan sekaligus membuatkan pasangan anda rasa dihargai. Selepas ini rajin-rajinlah panggil sayang pada isteri itu.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen