Masalah Susah Nak Selesai Kalau Si Dia Hanya Diamkan Diri Sahaja... Ini 5 Sebab Mengapa Lelaki Lebih Diamkan Diri Bila Bertengkar.

Oleh: Zuzu Yasmine

Kalau orang perempuan ini terkenal dengan sikap kuat membebel yang sememangnya sangat sebati dalam rutian harian, orang lelaki pula terkenal dengan sikap suka diamkan diri dalam apa jua keadaan. Tidak kiralah keadaan tegang atau tidak, dia tetap dengan tindakannya itu.

Sebagai seorang perempuan, sudah tentu anda harapkan tindak balas dari pasangan anda walaupun pada ketika itu anda sedang marah. Anda mahu pasangan anda menyuarkan sesuatu dan kalau boleh pertahankan dirinya sendiri, tapi lelaki lebih suka berdiam. Susah juga nak faham orang lelaki ini, banyak sangat berdiam diri sampaikan nak kata sayang pun dirinya malu.



Ini adalah beberapa sebab mengapa lelaki suka berdiam diri.

1. Tak nak masalah jadi makin besar

Alasan yang sering kali mereka berikan apabila berdiam diri sudah tentulah nak elakkan perkara ini menjadi semakin besar. Bila makin besar, dirinya juga yang akan nampak salah. Jadinya, dia lebih memilih nak senyapkan diri berbanding nak cakap banyak dalam keteganggan yang berlaku itu. Nantikan kalau dia saja orang perempuan akan senyap dengan sendirinya.

2. Tengah tenangkan diri

Bukan tak panas telinga bila mendengar orang perempuan marah dan juga membebel ini, tapi mereka tetap memilih untuk senyap kerana nak tenangkan diri mereka. Kalau mereka menjawab sudah tentu lebih parah masalah tersebut, jadi mereka hanya senyapkan diri dan pekakan telinga mereka sahaja walaupun terasa sakit hatinya dengan kata-kata pasangan.



3. Takut hilang kawalan hingga memburuk keadaan

Ini sebenarnya sebab mereka memilih nak senyapkan diri. Orang perempuan ini bila lelaki balas apa yang dia katakan dia akan mencabar semula kesabaran lelaki tersebut. Jadinya lelaki hanya mendiamkan diri kerana takut gagal mengawal kemaharannya lalu makin memburuk keadaan. Lagi-lagi kalau jenis main cabar-cabar ini. Susah juga nak kawal.



4. Dia menghargai diri anda

Jangan tak tahu bahawa mereka ini sebenarnya sedang menghargai diri anda. Dia membenarkan sahaja anda untuk berkata apa sahaja mengenai dirinya, jika itu memuaskan hati anda. Walaupun dia tak terima dengan apa yang anda katakan, tetapi dia tahu anda inginkan yang terbaik buat dirinya.

5. Takut anda hilang kawalan dan tinggalkan dirinya

Apabila rasa marah dibalas dengan rasa marah, sudah tentulah ia akan membuatkan anda hilang kawalan dan semakin geram akan dirinya. Malah anda juga akan membuat keputusan yang terburu-buru, itu yang dia tidak mahu berlaku. Jadinya, dia lebih memilih untuk berdiam diri dari membela dirinya sendiri.

Sudah menjadi lumrah dalam kehidupan bahawa wanita bercakap manakala lelaki akan diam dan mendengar. Ini kerana, wanita lebih mengikut emosi manakala lelaki lebih cuba untuk berfikir dahulu. Jadi jangan salahkan mereka kenapa mereka mendiamkan diri.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen