Ini Tanda Lelaki Rindu Dalam Diam, Memang Susah Nak Mengaku Tapi Mereka Selalu Lakukan Ini.

Oleh: Zuzu Yasmine

Orang lelaki ini memang terkenal dengan ego mereka, kadang kala dia punya ego ini sampai ada salah faham sedikit pun tak nak mengalah dengan harapan pasangan mereka akan datang pujuk mereka. Tapi bukan bab itu sahaja, dalam bab rindu akan seseorang juga mereka masih mahu kekalkan ego mereka ini. Dimana, dia rindu tetapi masih juga ingin jaga air mukanya.

Sebagai seorang wanita, sudah tentu anda agak kurang peka akan perasaan seorang lelaki. Ini kerana, anda lebih mahukan si dia mengungkapkan sendiri perasaannya berbanding anda bertanya atau mengetahui dengan sendirinya.

Perkara sebegini agak jarang dilakukan oleh lelaki, tapi anda boleh tahu apa yang akan dilakukan oleh lelaki apabila merindui anda.



1. Lihat gambar anda

Pada mulut sahaja dia kata tak rindu dan tak kisah pasal diri anda, akan tetapi dalam diam dia akan melihat gambar anda dan tersenyum sendirian. Nak-nak lagi saat sebelum tidur, memang inilah yang dia akan lakukan setiap malam. Nak kata rindu malu, tapi dalam hati dia sememangnya merindui anda. Lagi-lagi yang jalankan hubungan jarak jauh ini.



2. Menyanyi atau bermain gitar

Ada sesetengah lelaki, bila dia rindu akan seseorang dia meluahkan melalui nyanyian atau petikan gitar. Dari situ dia akan mula menyanyi lagi yang mengingati diri kalian atau lagu khas buat anda. Aduh... untung kalau dapat lelaki seperti ini. Mereka ini jenis yang romantik sangat.

3. Membaca pesanan lama kalian

Membaca dan mengimbau kembali kenangan yang menggembirakan dan membahagiakan adalah salah satu cara untuk mengubati hati yang terluka. Maka dengan itu, sebelum tidur atau waktu lapang, dia akan membaca segala perbualan kalian yang lama-lama dulu. Sambil tersenyum dan mengenangkan kenangan lalu, sudah tentu membuatnya hilang rindu pada anda.



4. Cuba mencari anda dahulu

Jika cara ini, sudah tentu ramai yang boleh meneka dan mengagak bukan? Mana tidaknya, jika lelaki yang mencari dahulu tandanya dia mengalah dalam salah faham dan pertengkaran kalian. Bahkan, tanda ini juga merupakan tanda dirinya merindui anda.

5. Sebelum tidur akan memikirkan anda

Sebelum tidur dia akan mengingati seseorang yang sangat dia rindu. Ingat kembali saat manis kalian berdua bahkan melihat media sosial anda sudah tentu cara mudah untuk dia mengubati rasa rindunya.

Jadi anda dah tahu bukan, bila dirinya rindu apa yang dia akan lakukan?



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen