Kekok Dengan Keluarga Mertua, Jangan Risau Ini Tips Untuk Anda Pikat Hati Mereka Sekeluarga.

Oleh: Zuzu Yasmine

Bila berkahwin ini, bukan hanya melibatkan diri anda dan pasangan sahaja, akan tetapi ia juga melibatkan keluarga kedua-dua belah pihak. Baik anda atau pasangan perlu bijak untuk suaikan diri agar diterima oleh keluarga baru. Berkahwin dengan seseorang itu sama seperti anda berkahwin dengan seluruh keluarganya.

Ini adalah perkara yang sangat membimbangkan buat mana-mana pasangan yang baru berkahwin. Rasa kekok dan tidak selesa sudah tentu akan menguasai diri, tapi bila dah sebati tentu sahaja anda akan lebih bahagia dengan keluarga mertua dan juga pasangan anda.

Menyesuaikan diri dengan keluarga mertua adalah salah satu kejutan bagi suami isteri yang baru berkahwin. Betul tak? Antara kejutan bagi pasangan suami isteri yang baru berkahwin adalah menyesuaikan diri dengan keluarga mertua.



Tapi jangan risau di sini ada beberapa panduan buat anda mengelakkan masalah hubungan dan komunikasi dengan keluarga mertua.

1. Bersifat terbuka dan sentiasa bersangka baik kepada keluarga mertua walaupun mempunyai pendapat yang berbeza. Cuba elakkan berburuk sangka yang boleh menuju ke pertengkaran dan boleh menjejaskan hubungan anda dengan keluarga mertua.

2. Menunjukkan kegembiraan atas kehadiran mereka gengan huluran salam, layanan mesra dan menyediakan hidangan yang enak mengikut kemampuan masing-masing.

3. Memberi kerjasama dan komitmen sebagai menantu jika keluarga mertua membuat aktiviti atau program. Jika diri tidak dapat menghadirkan diri, sila berilah alasan secara baik dan munasabah agar tidak menyinggung perasaan pihak mertua.

4. Meminta nasihat daripada mereka jika perlu. Jadikan mereka tempat untuk meminta nasihat dan bimbingan.

5. Tidak mencampuri urusan keluarga mertua terutama sekali dalam soal pengurusan harta atau kewangan melainkan apabila diminta pendapat atau nasihat.

6. Memberi respon positif terhadap sebarang kenyataan dan jangan menggunakan perkataan atau bahasa yang boleh menyinggung perasaan mereka.

7. Salah satu cara menzahirkan rasa kasih sayang kepada pasangan adalah membuat baik dengan kawan-kawan dan adik beradik pasangan anda. Hormatilah keluarga mertua seperti mana anda menghormati pasangan anda dan keluarga anda sendiri.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen