Orang Perempuan Tak Salah Tolak Ramai Lelaki Hanya Kerana Mahu Suami Terbaik. Diakan Bakal Ayah Pada Anak-Anak Anda.

Oleh: Zuzu Yasmine

Pernah dengar pantang larang buat anak dara dari orang tua dulu-dulu? Alah, yang menyatakan kalau tolak pinangan lebih dari 3 kali kelak makin susah nak dapat jodoh. Sama juga dengan kalau putus tunang banyak kali, nanti jodoh makin sukar nak melekat. Pernah dengar akan perkara ini?

Sudah tentu anda kerap kali diingatkan oleh ibu bapa anda atau orang sekeliling mengenai perkara ini. Dimomokkan akan perkara ini kadang kala tentu membuatkan anda bimbang dan juga rasa takut sekiranya diri anda tidak ada yang mahukan lagi selepas menolak ramai orang.

Namun begitu, perlu diingatkan bahawa jodoh, maut dan rezeki ini ditangan Allah. Bukannya berdasarkan kata-kata dan teka teki semata-mata sahaja.



Sebagai seorang wanita, sudah tentu kita mahukan yang terbaik dalam hidup kita. Bukan hanya memikirkan diri sendiri sahaja akan tetapi, juga memikirkan masa depan anak-anak kita kelak. Ini kerana, peranan seorang ayah dan juga suami ini adalah satu perkara yang tersangat penting dalam sebuah rumahtangga dan keluarga.

Bukan itu sahaja, malahnya seorang wanita itu jika dirinya tersalah memilih suami yang sepatutnya menjadi pemimpin dalam keluarga bukannya seorang yang mengambil kesempatan terhadap isteri mahupun anak-anak. Sebab itulah, wanita perlu lebih berhati-hati dalam memilih calon suami, bukannya memilih berdasarkan terdesak atau terpaksa. Ini kerana, masa depan terletak pada suaminya kelak.



Bukan memilih tetapi berhati-hati

Sudah tentu bila menolak orang itu dan orang ini, ramai yang menganggap bahawa dirinya itu terlalu memilih. Inginkan yang sempurna dari kedudukan, kewangan dan paras rupa, akan tetapi jika itu yang sepatutnya dan sesuai buat dirinya, apa salahnya bukan?

Bukannya, bila ada seseorang masuk meminang, perlu diterima sebulatnya tanpa memikirkan bahawa sekufu, keserasaian dan sebagainya. Wanita ini mempunyai hak untuk memilih disaat dirinya masih belum bergelar isteri orang lagi, jadi pilih lah sebaik mungkin yang mana anda rasa dia itu adalah yang tepat dan terbaik buat diri anda.



Bertunang bukan bermakna perlu berkahwin

Ramai yang takut untuk putus tunang kerana bimbang bahawa dirinya tidak ada yang mahu selepas itu. Anda perlu jelas bahawa, bertunang adalah tempoh perkenalan, bukannya perlu berkahwin dan berkeluarga. Jika merasakan dia bukan orang yang sesuai, maka adalah lebih elok jika diputuskan. Nak-nak lagi jika mereka itu memberi kemudaratan kepada anda. Tentu sahaja perlu dijauhkan.

Bahkan jangan takut untuk putus tunang kerana, segalanya telah dirancang dengan sebaiknya oleh Alla swt. Jadi percaya bahawa jodoh yang tepat seperti diaturkan oleh Allah akan tiba pada waktunya.

“Kita sebagai wanita berhak untuk memilih, siapa bapa dan suami kita. Biar dikata memilih sekarang ini, agar tidak menangis kemudian hari.”



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen