"Wang Hantaran Tinggi Bukan Bukti Cinta Sejati..."

Oleh: Zuzu Yasmine

Orang perempuan anggap dengan memberi wang hantaran tinggi itu adalah tanda seorang lelaki mencintainya dengan sepenuh hati. Itu juga dianggap sebagai tanda bahawa lelaki terbabit begitu menyayangi dan takut akan kehilangan dirinya. Sebab itulah dia sanggup menyerahkan wang yang banyak dan tidak ternilai itu.

Nilai hantaran yang tinggi itu bukan tanda bahawa dirinya menyayangi anda sepenuh hatinya. Akan tetapi ia adalah sekadar memenuhi adat dan kadang kala dirinya sendiri tersempit. Cinta sejati itu telah cukup membuktikan apabila dirinya sanggup memilih untuk dijadikan pasangan hidup iaitu isteri sedangkan terdapat wanita yang lebih baik dan bagus dari anda.

Wang ringgit ini bukannya tanda pengukur kasih sayang atau cinta antara kalian berdua. Akan tetapi wang ringgit hanya sekadar sesuatu yang diperlukan oleh kalian dalam kegunaan harian dan memenuhi segala kehendak anda. Seberapa tinggi nilai yang dia berikan, itu tidak menjamin seberapa tinggi cintanya kepada diri anda.


Selepas kahwin boleh berubah

Sebenarnya situasinya akan berbeza selepas kahwin kelak, jika dari awal anda memudahkan segala urusan dirinya untuk menghalalkan anda, tentu sahaja selepas kahwin nanti dia juga akan memudahkan segala urusan dalam menghilangkan letih dan penat anda sebagai isteri.

“Belum tentu hantaran tinggi selepas kahwin nanti dia menjadi orang yang memahami anda, bahkan belum tentu beri hantaran semampunya nanti dia mengambil mudah terhadap diri anda.”



Kumpul duit bersama


Nak majlis meriah dan besar-besaran bukannya menggunakan hasil titik peluah orang lain, iaitu pasangan anda. Akan tetapi, itu adalah tanggungjawab keluarga anda. Belah anda menggunakan duit keluarga anda manakala belahnya pula menggunakan duitnya sendiri. Itukan lebih baik.

Kalau rasa nak hantaran yang mahal dan tinggi kerana tidak mahu menjadi buah mulut orang sekeliling, apa kata kalau anda hulurkan bantuan dengan turut membantu dirinya kumpul juga duit kahwin bersama. Tak dapat kumpul banyak dapat kumpul sedikit pun tidak mengapa, kan sama-sama nak berumahtangga.

Jika anda lakukan ini bersamanya, barulah sesuai dikatakn “ada disaat susah dan senang”, bukannya nak saat senang dan ikuti kehendak anda.

Nilai cinta sebenar

Nak tahu nilai cinta sebenar bukannya sebelum kahwin, akan tetapi selepas kahwin. Dimana, bagaimana dirinya melayani anda, sikap tanggungjawabnya dan siapa dirinya selepas kahwin. Itu sebenarnya cinta sejati yang sebenar.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen