Urusan Jodoh & Cinta Ini Kadang Berada Di Luar Kawalan Kita, Jangan Mengalah Dahulu Yang Tepat Pasti Menanti Anda.

Oleh: Zuzu Yasmine

Kekecewaan apabila hubungan cinta putus di tengah jalan sememangnya akan melukakan hati sesiapa sahaja. Sering kali tertanya-tanya mengapa hubungan yang terbina ini perlu berakhir sebegini, bagaimana dengan hubungan yang diangankan pada masa akan depan dan pelbagai perkara lain yang akhirnya melukakan hati sendiri.

Bab jodoh dan juga alam rumahtangga ini bukannya boleh dibuat main. Berkahwin awal atau berkahwin lewat sekalipun, ia bukannya satu trend yang perlu dijadikan ikutan atau dikejarkan. Mencari seseorang yang perlu ada dalam susah dan senang anda perlu dipilih secara teliti dan bukannya tangkap muat sahaja.

Cuba anda bayangkan, memilih pasangan berdasarkan tangkap muat kerana melihat orang lain berkahwin akan memberi kesan kepada anda sendiri. Sebagai contoh, tiada keserasian, masalah komunikasi, tidak jelas latar belakang dan pelbagai lagi perkara lain.


Sebab itulah digalakkan memilih, kadang bukan memilih tetapi yang yang paling sesuai dan serasi. Orang kata, kita mahukan pasangan yang mempunyai kualiti, bukannya sekadar asal boleh sahaja.

Cepat atau lambat jodoh itu bukannya kuasa anda, apa yang anda perlu lakukan adalah berusaha mencari seseorang yang sesuai, sentiasa berdoa dan gunakan peluang yang ada ini untuk menikmati hidup serta menghargai orang sekeliling anda.

Seperti dalam surah Al-Imran ayat 54;

“Dan Mereka Merancang, Allah juga merancang, Dan ALLAH sebaik-baik Perancang”

Allah swt sedang merancang sesuatu yang baik buat diri anda. Jangan mengeluh dan bersedih kerana ini semua ujian yang sebenarnya mendekatkan diri anda kepadanya. Bukannya, ia menjauhkan anda darinya. Anda perlu jelas itu.



Perkara ini dijelaskan oleh Allah dalam surah Yasin ayat 36 yang bermaksud; “Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan pasangan-pasangan semuanya baik dari apa yang ditumbuhkan oleh bumi dan dari diri mereka mahupun dari apa-apa yang mereka tidak ketahui.”

Bahkan siapa pun jodoh anda itu kelak, perlulah anda terima dengan hati yang terbuka. Jangan kata mengapa dan macam mana pula nanti. Yang pastinya, jodoh yang terbaik buat anda adalah jodoh yang Allah sediakan untuk anda. Cuma anda tidak tahu siapa dan dimanakah dirinya itu.

Jodoh, kadang di tempat yang tidak diduga boleh bertemu, kadang di tempat terbaik sekalipun tidak boleh bertemu. Jangan tunggu jodoh sampai anda kehilangan diri sendiri, tetapi tetaplah cari jodoh sambil anda menikmati segala nikmat yang Allah berikan buat diri anda.

Surah al-Dhariyat ayat 49 yang bermaksud; “Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingati akan kebesaran Allah.”

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen