Cara Mudah Nak Buat Lelaki Jatuh Cinta Pada Anda. Inilah Masa Pikat Crush Anda.

Oleh: Zuzu Yasmine

Kadang kala sebagai perempuan ini, kita bukannya terhegeh-hegeh dengan seseorang yang tak nak pada diri kita. Bahkan, kita juga tak malu kalau nak mulakan sesuatu perkara terlebih dahulu. Namun, ia menjadi rasa tercabar apabila seseorang itu begitu jual mahal. Sudah tentu anda ingin juga cuba dapatkan dirinya. Geram bukan?

Tapi bila ia melibatkan hati ini, ia bukannya satu perkara yang mudah. Nak-nak lagi kalau dirinya sudah mempunyai seseorang dalam hati. Tapi itu belum menentukan apa-apa lagi, yang penting usaha anda untuk mendekatinya dan jadikannya sebagai pasangan anda.

Walaupun tak dapat jadi pasangan tapi hubungan lebih mesra berbanding dahulu pun okay juga. Jadi buat mereka yang mempunyai crush, inilah masanya untuk buat mereka nampak hebatnya anda. Jom try taktik ini.


Tarik perhatiannya

Jika anda menyukai seseorang, perkara pertama yang perlu anda lakukan adalah dapatkan perhatian darinya. Tapi jangan kelihatan anda terlalu inginkan dirinya, sedikit sebanyak perlu juga jual mahal agar dia tak begitu perasan dengan tujuan anda.



Senyum dan sentiasa ada pandangan mata

Tahukah anda bahawa senyuman yang ikhlas ini lebih mudah dirasai oleh seseorang. Nak-nak lagi bila anda berikan senyuman yang manis sambil melihat wajahnya, tentu sahaja dia pun akan mula ingin mendekati diri anda. Apabila berbual dengannya, jangan lupa untuk sentiasa membuat hubungan mata. Barulah ia menunjukkan anda mempunyai minat dalam setiap apa yang dia kongsikan.

Tunjuk persamaan

Kadang kala, seseorang yang renggang dan jauh boleh mendekat apabila dirinya mempunyai persamaan yang sama. Jadi, sekarang ini anda perlu menjadi apa yang anda miliki sama sepertinya. Tidak kiralah, minat, hobi, gaya penampilan atau apa-apa pun. Mana tahu selepas ini boleh tukar pendapat mengenai perkara itu.



Jadi orang yang positif dan beri semangat

Paling mudah untuk mendekati seseorang apabila diri anda menjadi penguat semangat dan pendengar yang baik baut dirinya. Jadinya, sentiasa sediakan telinga anda untuk menjadi pendengar dia yang setia. Sekali sekala berikan respon yang positif seperti beri kata-kata semangat dan penguat dirinya.

Tunjukkan keperibadian anda

Setiap orang mempunyai perbezaam keperibadian dalam berjumpa dengan seseorang yang dia kenali, begitu juga dengan dirinya. Tunjukkan sisi baik anda yang tidak pernah dia lihat. Pada masa yang sama, kena pastikan dia itu suka seseorang yang bagaimana.

Jangan terkejut kalau dahulu anda hanya salah seorang peminat dirinya, kini anda boleh jadi rakan baiknya pula. Mana tahu selepas ini anda akan menjadi pasangan yang istimewa dalam hatinya.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen