Seorang Yang Tenang Dan Mudah Berterus Terang, Rasa Relax Je Bila Pilih Anak Keenam Sebagai Pasangan Ini. Tak Perlu Nak Pening Kepala Faham Kehendaknya.

Oleh: Zuzu Yasmine

Setiap orang mempunyai keunikannya yang tersendiri. Jadinya, sudah tentu anda ingin memilih pasangan anda mengikut ciri-ciri yang anda mahukan. Kalau anak sulung ini terkenal dengan sikap matangnya dan gaya kepimpinan, manakala anak bongsu manja jadi bagaimana pula dengan anak yang keenam?

Jarang sekali kita dengar mengenai keperibadian mereka ini. Walaupun tidak ramai mereka yang lahir sebagai anak keenam, tapi mereka juga mempunyai keunikan yang tersendiri. Jangan terkejut pula nanti apabila melihat keunikkan mereka ini.

Apa yang sangat sinonoim dengan anak keenam ini adalah gayanya yang agak tenang dalam segala hal. Walaupun hatinya dibelenggu masalah sekalipun, dia akan cuba untuk bertenang dan cuba selesaikan masalah dengan sebaik mungkin. Dia tidak tergesa-gesa dalam membuat setiap keputusannya, sebab itulah dalam memilih pasangan dia akan menilai dahulu.


Anak keenam ini juga terkenal dengan sikap pandai ambil hati sesiapa sahaja. Tidak kiralah, bakal mertua, pasangan ataupun ipar duainya. Dia tahu bagaimana nak sesuaikan diri dalam setiap keadaan sehingga orang bergitu rasa selesa dengan kehadiran dirinya. Aduh, kalau jenis mesra alam ini memang mudahlah nak ambil hati sesiapa pun.



Sikapnya yang rajin dalam segala hal sememangnya sangat disenangi oleh sesiapa sahaja. Sudahlah pandai bawa diri, ditambah pula dengan sikap rajinnya, sudah tentu mereka ini akan disenangi oleh keluarga mertuanya. Jadi anda sebagai pasangan pun bolehlah rasa tenang sahaja tanpa perlu jadi orang tengah antara kedua hubungan ini.

Patutlah dirinya pandai ambil hati orang, rupanya anak keenam ini juga seorang yang kelakar. Orang yang kelakar ini sememangnya begitu mudah mendapat tempat dihati orang. Eh, kiranya anak keenam ini macam ciri-ciri pasangan yang sempurna pula. Untungnya kalau anda berjaya memiliki hatinya.

Jangan terkejut kalau anak keenam ini juga merupakan seorang yang manja. Wah-wah mereka ini sememangnya sangat menenangkan pasangan mereka rupanya. Sikap manjanya itu bukannya dibuat-buat, ia sememangnya sikap yang semulajadi sama seperti anak bongsu.



Tapi ada satu sikapnya yang kadang kala anda perlu berhati-hati dengannya, iaitu sikapnya yang tersangat sensitif dan mudah menangis. Haaa... bab ini pasangan kena bijak danpandai kawal keadaan. Kalau tercetusnya salah faham atau pertengkaran, kenalah segera selesaikan. Jangan pula bagi dirinya merajuk lama-lama.

Unikkan anak keenam ini, siapa sangka dalam tenang mereka ini ada perasaan yang begitu sensitif. Jadi sebagai pasangan anda perlu tahu memainkan peranan anda. Jangan kerana dia sentiasa berlagak tenang anda pun buat macam tiada apa pula.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen