Menjadi Suami Isteri Di Akhir Zaman Ini Kena Lebih Kuat & Tetap Pendirian. Yang Penting Kena Selalu Amalkan 3 Perkara Ini.

Oleh: Zuzu Yasmine

Dalam saat kita berlumba-lumba untuk mencari pasangan hidup ini, sudah tentu bukan hanya mengenai siapa pasangan kita sahaja yang perlu difikirkan. Akan tetapi, bagaimana nak berdepan dengan rumahtangga serta lebih dekat dengan Allah juga merupakan perkara yang penting dalam membentuk kebahagiaan bersama pasangan.

Kalau rasa mencari jodoh ini sudah payah, tapi lagi payah dalam mendidik pasangan kita untuk lebih dekat kepada Allah. Nak-nak lagi jika kita ini adalah suami, bahkan lebih membimbangkan lagi kalau kita ini adalah isteri yang tersalah pilih suami. Mana tidaknya, sekarang ini kita sudah berada dihujung-hujung zaman. Bila-bila masa sahaja ia akan berakhir.

Jika diikutkan nafsu, sudah tentu kemewahan, wang ringgit dan segala harta dunia ini tersangatlah penting, akan tetapi jika memikirkan akhirat, sudah tentu kita akan memaksa pasangan dan anak-anak untuk bersedia dengan akhirat kelak.


Jadi persoalannya, bagaimana nak hidup menjadi suami isteri di akhir zaman ini?

1. Belajar agama. Maksudnya belajar agama itu belajar mengenal, cinta dan takutkan Allah . Mulakan dengan belajar kembali dan betulkan sembahyang kita.

2. Bertaubat atas dosa-dosa lalu. Yang menjarakkan hubungan kita sebagai suami isteri itu, bukan sebab tak faham pasangan kita. Tapi semuanya kerana dosa. Lebih banyak dosa, lebih dan lebih teruk hubungan suami isteri itu sebenarnya.

3. Banyakkan buat baik. Tak perlu tunggu pasangan buat baik. Tak perlu tanya pasangan saya dah beri, apa awak bagi? Tugas kita sebagai hamba yang memberi. Bukan asyik meminta.



Semoga Allah menjaga kita dari segala keburukan akhir zaman. Sungguh, Takut dan ngerinya menjadi suami isteri hari ini.

Moga Allah terus memegang hati dan menguatkan jiwa untuk hidup dalam rumahtangga.

Dunia semakin tua, Bagaimana nak hidup menjadi suami isteri di akhir zaman.

Tanda-tanda Kiamat merupakan petunjuk atau isyarat tentang hampirnya kedatangan Hari Kiamat. Umat Islam percaya bahawa pengakhiran alam semesta ialah sebahagian daripada rahsia Allah dan tiada satu makhlukpun yang mengetahui waktu sebenar berlakunya Kiamat.

Walau bagaimanapun, Nabi Muhammad S.A.W memberitahu bahawa sebelum tiba Hari Kiamat itu, tanda-tandanya akan muncul dan disaksikan oleh manusia. Turutan tanda-tanda tersebut bermula dengan tanda-tanda yang kecil dan kemudian disusuli dengan tanda-tanda besar. Salah satunya kerosakan instituti rumah tangga semakin serius.

"Sekarang banyak kes pukul, kes bunuh, suami bunuh isteri, isteri pukul suami, anak bunuh ibu bapak, ibu bapak bunuh anak, setiap hari ada dalam berita, semakin kejam manusia akhir zaman ini, jalan terbaik kuatkan hubungan dengan Allah itu jalan terbaik hanya Allah sahaja dapat tolong kita di akhir zaman ini.

• Banyakkan sabar istighfar
• Banyakkan zikir baca al Quran
• Solat taubat

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen