Bukan Suami Sahaja Kena Banyak Sabar Dengan Ragam Isteri, Yang Isteri Lagi Perlu Banyak Belajar Tahan Sabar Dengan Kerenah Suaminya Manja Tak Bertempat Ini.

Oleh: Zuzu Yasmine

Orang lelaki ini memang macam-macam ragamnya, sebab itulah sebelum nak minta suami bersabar dengan sikap isteri, isteri terlebih dahulu kena bersabar dengan sikap suaminya sendiri. Kadang kala, suami itu adalah ujian buat isterinya sendiri, begitu juga sebaliknya.

Diriwayatkan, Rasulullah saw bersabda; “Mana-mana lelaki yang bersabar di atas keburukan pernagai isterinya, Allah akan berikan pahala seperti yang diberikan kepada Ayyub kerana bersabar di atas bala yang menimpanya. Mana-mana isteri yang bersabar di atas keburukan perangai suaminya, Allah akan berikan pahala seperti yang diberikan kepada Asiah binti Muzahim, isteri Firaun.”

Suami ini bila dia tidak sihat, dia punya sakit mengalahkan bayi yang baru lahir. Itu belum masuk bab-bab lain lagi, dia punya manja memang takut betul isterinya hilang dari pandangan mata. Tapi bila bab ego, aduh... nak cakap sikit pun serba tak kena semuanya. Tapi itulah suami yang menjadi pelindung dan pembimbing isteri.

Suami ini ada macam-macam ragam, bila kumpul cerita mengenai suami masing-masing tentu sahaja akan timbulkan gelak ketawa. Mana tidaknya mereka ini macam kanak-kanak yang ingin bermanja dengan isterinya. Tapi macam manja sangat pula.


Menurut penulisan Puan Malisa Nawi, terdapat tiga jenis perangai lelaki. Salah satu mesti bakal suami anda ataupun telah jadi suami anda.

SITUASI PERTAMA
===============
Wife : Abang, tolong belikan roti gardenia Wholemeal. Yang warna Hijau. Roti diet tu.

Hb : Okkay..

(Sampai di kedai, roti wholemeal takde.)

Bila sampai di rumah.. Isteri tanya.

Wife : Mana Rotinya?.

Hb : Roti awak mintak tu tak ada. So saya tak beli lah. Kang beli roti lain salahhh...

Dan isteri pun.. "Halaah.. Kalau tak ada tu, beli jela lain. Boleh je makan".

Dah tadi kata hijau. Hijau je lah sy cari.



SITUASI DUA
=============

Wife : Awak..tolong belikan bawang 5 bijik.

Hb : Okeh cun.

Sampai di rumah..

Wife : Lahh.. Kecik-kecik ya bawangnya. 5 biji lah ya awak beli ni? Tak lebih dan tak kurang.😂

Hb : Yelah.. Tadi cakap 5 biji. Cuba kira tu, betul kan 5 bijik tu. Ke nak lagi.. Kalau nak lagi, saya pergi balik.



SITUASI TIGA
============

Wife : Yang, tolong belikan Cili padi dengan Daun bawang ya.

Hb : Okeh beres.

Sampai di rumah..wife tengok barang-barang.

Wife : Amboiii.. Banyak nya beli. Cili padi hijau dia beli, yang meghah dia beli, daun sup pun ada haa.. Daun kucai ni nak buat hape. Ni daun ketumbar pun ada??

Hb : Alaahh.. Awak pilih lah. Mana yang nak pakai. Risau tersalah beli.

HAHAHA. Suami korang jenis yang mana beb. Apa pun, hormati suami.. SyurgaMu adalah kerana Redho seorang suami.

Orang perempuan, lain kali kalau cakap tu biar terang..

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen