Pentingnya Wanita Mempunyai Harta Sendiri, Walaupun Tak Banyak Tapi Mampu Survive Bila Dalam Kesusahan.

Oleh: Zuzu Yasmine

Kita semua ini hanya pinjaman sahaja daripada Allah. Tidak kiralah, diri sendiri, keluarga, pasangan, anak-anak dan semua perkara ini adalah pinjaman. Sebab itu, sebagai hamba kita jangan terlalu berharap kepada hamba yang lain, tetapi berharap dan letaklah pengharapan yang tinggi kepada Allah. Walaupun ramai yang merasakan bahawa tanpa pasangan, kita rasa kosong tetapi tanpa Allah anda sebenarnya tiada apa-apa pun.

Semasa pasangan ada di sisi, kita memang rasa bahawa dirinya itu adalah segalanya. Dia tempat bergantung, malah dia jugalah yang akan mengisi hari-hari kita dengan penuh rasa gembira dan keriangan. Tapi bila bercakap mengenai tempat bergantung ini, rata-rata isteri yang suri rumah hanya mengharapkan suami yang mencari rezeki, tanpa berusaha untuk memiliki harta sendiri.

Tak salah kalau suami sahaja yang cari rezeki, tapi duit bulanan yang dia beri itu kenalah bijak anda uruskan. Sebagai contoh, beli emas, buat pelaburan, simpanan dan pelbagai lagi. Kita tidak tahu sampai bila suami kita itu akan bersama dengan kita ataupun sampai bila dirinya sihat untuk mencari rezeki.


Orang kata sediakan payung sebelum hujan, bukan minta jadi apa-apa pada pasangan kita tapi kalau boleh kita mampu berdikari kalau apa-apa terjadi pada dirinya.

Ini antara sebab kenapa wanita perlu memiliki harta sendiri dan pentingnya kesedaran memiliki harta peribadi untuk masa depan diri dan anak-anak.

1. Tidak Mudah Tersungkur Setelah Suami Meninggal Dunia

Isteri mana yang tidak bersedih hati apabila suami tercinta yang merupakan tulang belakang keluarga, tiba-tiba pergi meninggalkan diri sendirian menghadapi segala kepayahan hidup dan membesarkan anak. Tetapi semua itu dapat diharungi dengan tabah dan sabar.

Serta dalam masa yang sama, apabila diri kamu memiliki harta dan wang simpanan sendiri kamu mampu mengatur kehidupan diri dan anak-anak dengan lebih baik. Meski cinta hati tiada lagi di sisi bagi mengharungi pahit manis kehidupan bersama kamu dan anak-anak.



2. Tidak Merasakan, Proses Menunggu Pembahagian Faraid Sukar!

Ambil ikhtibar mengenai kes yang berlaku ke atas isteri Allahyarham Abam Bocey, di mana isu harta pusaka, penyelesaian segala hutang piutang Allahyarham dan proses pembahagian faraid, memerlukan masa. Dan jika sang isteri memiliki harta dan wang simpanan mereka sendiri, segala urusan dirasakan mudah dan tidak sukar.

Kena faham untuk menyelesaikan segala urusan yang berkaitan dengan si mati, ianya memerlukan masa dan dalam masa tempoh menunggu tersebut, bagaimana pula sang isteri dan anak-anak si mati meneruskan kehidupan? Jika sang isteri hanya mengharapkan wang sumbangan, ianya tidak akan bertahan lama.

Sebab itu, penting dan wajar untuk wanita memiliki harta mereka sendiri bagi menghadapi waktu-waktu sebegini.

3. Miliki Harta Sendiri, Umpama Insuran Masa Depan

Tiada siapa yang mahu rumah tangga yang di bina runtuh begitu saja, tapi itu adalah kemungkinan yang mungkin berlaku pada mana-mana wanita. Bayangkan diri kamu yang tidak bekerja kemudiannya ditinggalkan suami begitu saja.

Apa kamu boleh kamu lakukan jika itu terjadi pada diri kamu sendiri? Sebab itu, dalam mindset wanita kena ada impian untuk memiliki wang dan harta sendiri sebagai insuran masa depan. Sekurang-kurangnya kamu memiliki rumah, kereta dan wang simpanan sendiri jika di tendang keluar, betul tak?



4. Jika Berlaku Masalah Kewangan Selepas Berkahwin, Maka Harta Kamulah Penyelamatnya!

Jika berlaku masalah kewangan setelah beberapa tahun kamu berkahwin, maka wang simpanan dan harta peribadi yang kamu miliki adalah penyelamatnya.

Turun naik kehidupan pasti akan dilalui oleh mana-mana pasangan yang berkahwin dan salah satunya masalah kewangan, dengan bantuan kewangan yang kamu miliki sang suami pasti turut bersenang hati!

5. Miliki Wang Sendiri Adalah Pendapatan Tambahan Untuk Diri Sendiri

Meski suami memberi nafkah untuk diri kamu, tidak salah untuk kamu menjana pendapatan sendiri sebagai pendapatan tambahan. Lagi pula dengan keadaan ekonomi negara seperti, kamu perlu bijak mengurus wang dan perbelanjaan dapur, keperluan keluarga dan persekolahan anak-anak.

Dengan menjana pendapatan sendiri, kamu juga dapat bantu meringankan beban suami!

6. Siapa Kata Wanita Tidak Mampu Miliki Harta Peribadi?

Wanita perlu menjadi lebih bijak dan memandang ke hadapan tanpa perlu risau tentang pandangan orang lain. Mungkin ada segelintir yang mengatakan bahawa wanita yang mempunyai harta sendiri atau sibuk mengumpul wang dan aset adalah wanita jenis materialistic!

Sebenarnya tanggapan negatif seperti itu salah dan harus diperbetulkan. Tujuan atau niat utama untuk wanita mengumpul harta dan wang simpanan mereka sendiri adalah untuk masa depan mereka sendiri.

Ia boleh digunakan untuk melangsungkan kehidupan jika berlaku kematian terhadap sang suami atau ditinggalkan suami ataupun berlaku masalah kewangan yang teruk. Jadi tidak salah untuk wanita memiliki dan mencari wang simpanan dan harta mereka sendiri.

7. Suri Rumah Potensi Besar, Jana Pendapatan!

Buat suri rumah yang bergantung sepenuhnya kepada sang suami untuk mencari nafkah. Kamu juga boleh menjana pendapatan dari rumah sambil mengurus rumah tangga. Zaman sekarang terlalu banyak pekerjaan yang boleh dilakukan dari rumah seperti menjadi agen dropship, berniaga secara dalam talian, dan sebagainya.

Dari situ kamu dapat mengumpul wang peribadi kamu sendiri, yang penting kamu bijak mengumpul dan mencari wang.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen