Wanita Ini Sangat Unik, Lepas Kahwin Suami Kena Jadi Lebih Sabar Nak Layan Kerenahnya.

Oleh: Zuzu Yasmine

Wanita ini adalah satu mahluk yang sangat unik. Sedangan diri mereka ini sendiri tidak mampu nak memahami diri mereka, inikan pula anda sebagai lelaki yang perlu memahami mereka. Kadang kala, pening kepala nak faham sikap seorang wanita ini. Sebabnya mereka selalu tidak faham dengan kehendak mereka sendiri.

Itu belum lagi kalau mereka ini sentiasa berubah keinginan dan kehendak. Bahkan kadang kala mereka ini juga selalu sangat ikut kepala angin mereka, sampaikan kita sebagai orang lelaki ini perlu sabar dengan angin mereka itu tak kira masa. Kejap okay, manja tapi kadang kala marah kalah harimau yang lapar.


Orang lelaki perlu lebih banyak bersabar dalam melayani kerenah orang perempuan ini, tidak kiralah dalam saat dia berubah mood ataupun tidak pasti akan keinginan mereka sendiri. Sabar itu adalah satu sikap yang sangat mulia, bahkan dengan sabar ini juga akan melayakkan kita masuk syurga.

“Dan bersabarlah terhadap apa yang diucapakan oleh mereka (yang menentangmu), dan jauhilah mereka dengan cara yang baik.”(Surah al-Muzzammil, ayat 10)

Dalam perkahwinan yang dibina ini, sememangnya banyak perlunya bertolak ansur dan saling memahami. Ini kerana, dua perkara itu merupakan satu kekuatan dalam perhubungan. Kalau masing-masing terlalu menikut kemahuan diri ia akan menjadi satu punca salah faham dan kerenggangan dalam hubungan yang terbina itu.

Seperti firman-Nya yang bermaksud; “Dan antara tanda yang membuktikan kekuasaan dah rahmat-Nya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu isteri daripada diri kamu sendiri supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikan antara kamu perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan yang menimbulkan kesederan bagi orang yang berfikir.” (Surah ar-Rum, ayat 21)

Sebagai seorang suami yang baik, dan juga pemimpin keluarga, layananlah isteri dengan baik seperti yang Rasulullah saw sering menasihati suami sebagai ketua keluarga supaya melayani isteri dengan sebaiknya. Sama ada isteri mahupun suami, kedua-duanya mempunyai kelemahan dan kelebihan mereka yang tersediri, namun apa pun, kalian seharusnya saling bersabar dan bukannya terlalu bertindak mengikut hati.

Suatu ketika, ramai isteri datang menemui Rasulullah saw mengadu mengenai layanan buruk diterima daripada suami mereka.

Maka firman Allah swt bermaksud; "Dan bergaullah kamu dengan mereka (isteri kamu) dengan cara yang baik. Kemudian jika kamu (berasa) benci kepada mereka (kerana tingkah lakunya, janganlah kamu terburu-buru menceraikannya) kerana boleh jadi kamu bencikan sesuatu, sedangkan Allah hendak menjadikan pada apa yang kamu benci itu kebaikan yang banyak untuk kamu.” (Surah an-Nisa, ayat 19)



Malah lebih besar rupanya hikmah yang Allah berikan kepada suami-suami dan ister-isteri yang bersabar ini.

Diriwayatkan, Rasulullah saw bersabda; “Mana-mana lelaki yang bersabar di atas keburukan pernagai isterinya, Allah akan berikan pahala seperti yang diberikan kepada Ayyub kerana bersabar di atas bala yang menimpanya. Mana-mana isteri yang bersabar di atas keburukan perangai suaminya, Allah akan berikan pahala seperti yang diberikan kepada Asiah binti Muzahim, isteri Firaun.”

Jadinya tak rugi pun kalau suami isteri ini saling bersabar dengan sikap pasangan masing-masing. Ini kerana, kebaikan bukan sahaja terhadap hubungan kalian tetapi ia juga memberi kebaikan kepada anda di akhirat kelak.

Ragam orang perempuan ini tidak lama pun, kalau pun dirinya berleter dan sering marah-marah anda, itu hanya kerana dia sangat menyayangi diri anda. Jadi, cuba bersabar dengan sikapnya sama seperti dia sabar dengan sikap anda yang pelbagai itu.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen