Ini 5 Perkara Yang Membuakan Si Introvert Tidak Selesa Dengan Anda. Aduhh... Nanti Makin Menjauh Pula Dirinya.

Oleh: Zuzu Yasmine

Seperti yang kita tahu bahawa seorang introvert ini tidak begitu selesa jika dirinya begitu terdedah dengan orang ramai. Malah, dirinya juga lebih banyak menyimpan perasaan dan sukar untuk berkongsi sesuatu dengan orang lain. Mereka ini juga mudah untuk berasa tidak senang akan sesuatu perkara.

Mereka juga dikatakan begitu sensitif dalam semua perkara hingga mudah ‘turn off’ terhadap pasangan mereka jika gerak geri tidak kena dengan dirinya. Walaupun dianggap sebagai over dan tidak sepatutnya, tetapi mereka yang introvert ini sememangnya mempunyai kelakukan seperti ini.


Jadinya, bila anda menjalinkan hubungan dengan mereka ini, anda perlu lebih peka akan keadaan yang tidak sepatutnya anda lakukan.

1. Tindakan yang berlebihan sehingga tarik perhatian ramai

Apabila anda tahu dia ini seorang introvert, tindakan anda perlu lebih kepada kalian berdua dan juga lebih peribadi. Bukannya, lakukan satu tindakan sehingga menarik perhatian ramai yang membuat dirinya tidak selesa. Keselesaan adalah perkara yang paling utama dalam hubungan bersama introvert ini.



2. Kemesraan yang terlalu terdedah pada media sosial

Introvert selalunya sukakan hubungan yang tertutup dan agak tersembunyi. Bukannya tidak boleh dedahkan pada media sosial tetapi ia bukannya terlalu berlebihan. Maksudnya dia selesa dengan merendah diri dan bukannya terlalu teruja dalam hubunagn yang masih belum pasti.

3. Tidak beri ruang untuknya selesakan diri

Anda seharusnya tahu bahawa introvert ini lebih suka habiskan masa dengan dirinya sendiri. Jadinya, anda perlu tahu dan peka bila dirinya perlukan masa untuk bersedirian. Kalau anda terlalu memaksanya, dia akan rasa tidak selesa lalu rasa anda ini begitu merimaskan.



4. Selalu sangat mengajaknya bersama rakan-rakan anda

Orang introvert ini sangat tidak selesa apabila berkumpul di tempat yang ramai. Mereka tidak tahu nak bualkan apa dan sentiasa berasa kekok. Jadinya apabila anda selalu melakukan ini pada pasangan anda, dia akan rasa sedikit turn off terhadap anda kerana anda tidak memahami perasaan dirinya.

5. Jenis cakap lepas

Mereka ini adalah sangat sensitif, jadinya kalau tiba-tiba anda bercakap sesuatu tanpa memikirkan perasaannya, sudah tentu hatinya akan mudah terluka dan terguris. Sebab itulah kalau nak cakap dengan mereka ini anda perlu lebih berhati-hati. Tak boleh main cakap lepas sahaja.

Apabila anda memilih introvert sebagai pasangan, anda perlu tahu memahami keadaan dirinya. Tidak boleh membiarkan dia cuba selesa dengan keadaan anda kerana dirinya tidak mampu nak lakukan itu. Jadi biarkan dia selesa dengan dirinya sendiri dahulu.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen