10 Hadiah Paling Bermakna Buat Isteri.

Oleh: Rafi

Setiap wanita yang bernama isteri bukan mendambakan hadiah yang mahal dan mewah. Wanita mungkin kelihatan cerewet apabila bercakap tetapi tidak bermakna mereka tidak mengambil berat soal menjaga hati dan perasaan suami. Tidak meminta bukan bererti mereka tidak mengingikannya. Senarai 10 hadiah paling bermakna berikut, inilah antara bingkisan istimewa yang mereka mahu.



1. Hadiah mendengar.

Berikan hadiah ini kepada si isteri yang memerlukan dan hendaklah mendengar apa sahaja yang dikatakan. Jangan mencelah, berangan dan elakkan perancangan untuk membalas.

2. Hadiah tanda kasih.

Usah kedekut memberikan pelukan, ciuman dan pegangan tangan. Biarkan tanda-tanda kecil ini menunjukkan kasih dan sayang yang ada dalam diri.

3. Hadiah sehelai nota.

Nota cinta seperti sayang awak atau sesuatu yang kreatif seperti sebuah puisi. Letakkan nota ini ditempat yang tidak disangka dan mudah dilihat.



4. Hadiah ketawa.

Berikan sesuatu yang melucukan seperti kartun atau artikel. Mesejnya mudah “Saya suka ketawa bersama awak”.

5. Hadiah pujian.

Berikan pujian ringkas seperti “warna biru memang sesuai dengan awak” atau “sedap masakan awak”. Pujian sebegini amat tinggi nilainya kepada orang tersayang.

6. Hadiah bantuan.

Tiada salahnya membantu isteri mencuci pinggan mangkuk, membuang sampah atau menjaga anak. Si isteri pasti gembira kerana si suami membantunya.



7. Hadiah bersendirian.

Ada ketika si isteri mahu bersendirian. Peka dengan keadaan itu dan berilah masa dan ruang untuk dia bersendirian dan menenangkan diri.

8. Hadiah keceriaan.

Cuba sedaya upaya supaya sentiasa ceria apabila bersama isteri. Belajar untuk senyum dan bermuka manis sepanjang masa disisinya.

9. Hadiah riadah.

Sertai sesuatu sukan atau aktiviti yang disukai isteri. Kalah tidak mengapa kerana masih ‘pemenang’ di hatinya.

10. Hadiah doa.

Selalu mendoakan kesejahteraan isteri dan seluruh keluarga. Beritahu yang mereka sentiasa berada di dalam ingatan.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen