Orang Lelaki Tidak Akan Tinggalkan Wanita Seperti Ini. Jadilah Wanita Yang Mempunyai 5 Perkara Ini.

Oleh: Zuzu Yasmine

Apabila dah jatuh sayang akan seseorang lelaki itu, tentu sahaja anda takut untuk kehilangan dirinya. Mana tidaknya, kalau jumpa lelaki lain pun tentu sahaja ia tidak akan sama dengan yang sekarang ini. Bahkan, anda juga sudah tentu mahu menjadi yang terbaik buat pasangan anda.

Perasaan takut ditinggalkan dan sentiasa ingin menjadi yang terbaik itu adalah perkara biasa yang dirasai seorang perempuan dalam menjalinkan hubungan. Sudah tentu anda telah berusaha pelbagai perkara dari segi penampilan, tingkah laku serta layanan terhadap pasangan anda. Namun begitu, perasaan itu masih sahaja ada di dalam hati, jadi apa yang perlu anda lakukan?


Tahukan anda ada beberapa sebab seseorang lelaki itu tidak akan meninggalkan diri anda. Orang lelaki tidak akan meninggalkan wanita yang memiliki beberapa ciri ini;

1. Wanita yang tahu menghargai dirinya sendiri

Bagi seorang lelaki, wanita yang tahu menghargai dirinya sendiri adalah wanita yang baik serba serbinya. Mana tidaknya dirinya lebih menyayangi diri sendiri berbanding menyayangi orang lain. Ini kerana, wanita yang bijak menyayangi diri sendiri tahu untuk menyayangi orang lain dengan baik.



2. Wanita yang bijak menjaga penampilannya

Jangan sekejap cantik sekejap tidak, itu akan membuatkan lelaki juga seperti tarik atau tidak sahaja dengan anda. Apabila anda tahu menjaga penampilan dengan baik tidak kiralah di rumah mahupun di luar rumah, sudah tentu anda mempunyai aura yang tersendiri. Tentunya, pasangan anda juga senang hati melihat anda. Jadi, dia akan sayang untuk tinggalkan anda.

3. Wanita yang ada pendapat peribadi

Seorang wanita yang mempunyai pendapat sendiri ini selalunya mempunyai pemikiran yang tajam dan sentiasa berfikir. Dia mampu memberi kata-kata semangat yang positif malah memberi buah fikiran yang baik. Jadinya, setiap perbincangan dan perbualan tentu akan menjadi lebih menarik jika bersama mereka ini.



4. Wanita yang bersemangat dalam mengejar impiannya

Setiap orang mempunyai cita-cita yang ingin dia capai, bahkan orang lelaki juga suka wanita yang mempunyai impian dan cita-cita. Ini kerana, mereka tahu bahawa wanita ini sangat positif dan tidak kenal erti putus asa. Wanita seperti ini juga mempunyai gaya yang mempersonakan dan begitu berkeyakinan.

5. Wanita yang sentiasa mempunyai idea yang menarik

Mempunyai idealisme dan mempunyai topik perbualan yang menarik juga membuatkan lelaki akan selesa dan takut kehilangan diri anda. Mana tidaknya, rasa keseronokan berbual dengan anda membuatnya jatuh cinta dalam diam terhadap anda.

Jadi apa yang dapat disimpulkan adalah, lelaki tidak akan meninggalkan anda jika anda memiliki perwatakan menarik, pemikiran yang cergas, penampilan yang terjaga serta sikap yang elok.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen