Berkenalan Dengan Si Dia Lebih Mendalam Dulu Sebelum Memilihnya Jadi Pasangan, Walaupun Dah Rasa Dia Yang Terbaik.

Oleh: Zuzu Yasmine

Apabila umur semakin meningkat ini, bercinta selepas kahwin adalah salah satu pilihan yang dirasakan paling bijak. Tak perlu buang masa malah boleh terus fokus akan masa depan bersama. Tapi, tanpa sedar ia sebenarnya ada keburukan disebalik kebaikan yang kita selalu fikirkan.

Tak perlu terburu-buru untuk berkahwin kerana bimbang tiada siapa yang mahu selepas ini, tapi lebih perlu dibimbangkan adalah apabila anda akan berada dalam satu hubungan yang salah. Banyak sebab mengapa anda perlu kenal pasangan anda terlebih dahulu sebelum membuat pilihan untuk bersamanya.



1. Kenal antara satu sama lain

Jangan cepat sangat membuat keputusan tanpa anda tahu siapa pasangan anda itu. Cuba kenal bagaimana sikapnya dan selidik sikit latar belakangnya. Paling tidak pun, anda kena kenal dengan rakan-rakannya, itu adalah perkara penting. Mana tidaknya, boleh jadi dia bukan orang yang sama selepas kahwin nanti tentu akan beri masalah pada anda.



2. Cari keserasian bersama

Masa sebelum kahwin inilah kena cari keserasian bersama, selepas kahwin nanti dah tahu macam mana nak handle pasangan dah. Kena tahu adakah anda dan dirinya mempunyai pemikiran yang sama, mudah atau tidak nak cari sefahaman dengannya dan paling penting kalian kena faham antara satu sama lain, barulah boleh kawal bila berumahtangga kelak.

3. Keselesaan bersama

Tidak ada rasa kekok bila bersama malah tidak berpura-pura menjadi orang lain menandakan bahawa kalian selesa bersama. Tapi jangan pula anda berpura-pura kerana ingin mendapatkan hatinya. Jika anda tunjukkan sikap anda sebenar pada ketika ini, ia lebih mudah untuk diterima selepas kahwin nanti. Tak adalah nak complain sahaja.



4. Latar belakang keluarga

Walaupun anda akan berkahwin dengan pasangan anda tetapi mengenali keluarganya adalah perkara yang sangat penting. Mana tidaknya, anda perlu tahu bahawa keluarganya berlapang dada terima anda seadanya. Ini kerana, selepas anda berkahwin dengan pasangannya tetapi dengan keluarganya sekali.

Kenallah dengan dirinya terlebih dahulu sebelum membuat keputusan. Jangan terburu-buru, ini kerana berkenaan masa depan bukannya sekadar suka-suka sahaja.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen