Kalau Susah Sangat Nak Move On Pada Yang Tak Sudi Tu, Boleh Cuba Cara Ini.

Oleh: Zuzu Yasmine

Siapa sahaja yang tak kecewa apabila hubungan yang bertahun-tahun itu tidak berakhir seperti yang diharapkan. Tapi nak buat macam mana, hati perasaan sememangnya tidak boleh dipaksa. Orang kata kalau dah jodoh tak ke mana, tapi ini kalau tiba-tiba hilang ke mana maknanya tak ada jodohlah.

Melupakan seseorang yang kita sayangi bukanlah satu perkara yang mudah. Nak-nak sebelum ini dirinya pernah hadir memberikan senyuman dan kegembiraan setiap hari-hari kita, mahunya tidak rasa kosong dan kehilangan.

Nak buat itu ini sudah tentu akan mengingatkan dirinya, tapi ada beberapa perkara yang perlu anda lakukan untuk melupakan dirinya secara berlahan-lahan. Biar perlahan asalkan dapat melupakan dari nak cepat tetapi masih terasa rindu.



Ini cara-cara buang perasaan yang tak perlu simpan;

1. Sibukkan diri anda

Paling terbaik yang boleh anda lakukan adalah dengan sibukkan diri anda. Lepak bersama rakan-rakan, pergi ke gym, habiskan masa dengan keluarga dan kalau ada duit lebih pergilah melancong. Banyak perkara yang boleh anda sibukkan diri tapi biasanya orang pilih sibukkan dengan kerja sahaja.



2. Habiskan masa dengan kawan baik

Berbual dengan seseorang yang anda percaya adalah salah satu cara penyembuhan yang paling cepat. Luahkan dan kongsi apa yang anda rasakan mampu membuat anda terasa lapang. Walaupun akan mengeluarkan air mata, tetapi ia mampu sembuhkan luka di hati anda.

3. Tidur sebelum pukul 11

Tak payah nak scroll media sosial apa semua, tak payah nak ikut sangat orang bujang tidur lambat. Jaga tidur anda dengan baik mampu membuat anda lebih cergas dan bertenaga keesokkan harinya. Malah emosi anda juga akan lebih membaik. Jadi, tak adalah malam-malam teringat pada si dia.



4. Gembira dengan apa yang ada ingin lakukan

Jangan bersedih setiap masa, tetapi nikmati juga saat kegembiraan anda. Sebagai contoh anda melakukan aktiviti yang anda sukai, tentu sahaja perlu gembira bukannya sedih. Masa inilah anda patut nikmati semua perkara dengan sebaiknya.

5. Buat apa yang anda ingin lakukan

Kalau selama ini ada sahaja halangan dari si dia, kali ini anda lakukan semua perkara yang tidak pernah dia beri anda lakukan dahulu. Ini bukan sahaja beri kepuasan pada anda tetapi ia juga dapat memuaskan hati anda. Bahkan anda akan terasa seronok dan bebas pada ketika ini.

6. Tengok video kelakar

Ketawa boleh mehilangkan kedukaan hati, walaupun tiada sesiapa yang mengembirakan anda tetapi video-video di media sosial bersedia untuk temani hari sedih anda. Masa ini lah anda perlu ketawa dengan sepuas hati, tak payah nak cover-cover lagi. Tapi jangan tengok video sedih dan romantik sudahlah.

7. Bela haiwan peliharaan

Memelihara haiwan seperti kucing, ikan, arnab, hamster dan lain-lain lagi tidak akan membuatkan anda rasa kesunyian dan keserorangan. Malah, ia juga menjadikan anda lebih sibuk untuk menguruskan mereka dan rasa seperti melupakan segalanya. Bukan itu sahaja, jika anda membelai kucing ia juga akan memberikan anda ketenangan.

Jadi masih bersedih lagi? Banyak perkara yang boleh anda lakukan saat bujang ini. Jom move on!



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen