Panduan Semarakkan Kembali Rumah Tangga Yang Terbina.

Oleh: Rafi

Rumah tangga mana yang tidak pernah merasai saat kasih beransur pudar malah tanpa perlu meluahkan terang-terangan, turut terasa bosannya. Jangan terlalu melayan perasaan ini hingga ia mampu mengundang keretakan. Berikut adalah cara untuk anda semarakkan kembali rumah tangga yang terbina.



1. Kerap keluar berdua.

Jika waktu bercinta anda boleh keluar berdua setiap hari, kenapa tidak selepas berkahwin? Keluar berdua-duaan dua kali sebulan atau setiap hujung bulan juga sudah mencukupi. Menonton wayang, berjalan-jalan di kompleks beli-belah atau makan malam romantik itu cukup menyeronokkan jika dilakukan bersama pasangan. Barulah anda akan rasa seperti kali pertama bercinta.

2. Pujilah pasangan anda.

Jangan lupa memuji pasangan. Kesilapan yang sering dilakukan suami dan isteri adalah mereka kurang atau jarang memuji pasangan mereka. Tidak kiralah pasangan anda sudah gemuk atau penampilan kurang menarik, pujilah mereka. Ungkapkan kata yang sedap didengar barulah hatinya akan berbunga. Kata-kata seperti, “awak sangat baik, saya senang dengan sikap awak dan awak rajin,” itu sudah mencukupi.



3. Layan mereka sebaiknya.

Jangan sesekali lupa tanggungjawab anda sebagai suami atau isteri. Pastikan anda tahu apa pasangan anda mahukan dan sentiasa ambil berat mengenai dirinya. Tidak salah kiranya suami membantu isteri membuat kerja rumah. Isteri pula, perlulah pandai menjaga makan pakai suami. Barulah keharmonian rumah tangga dapat dipupuk semula. Jika asyik makan di luar, apa kata ubah sikap itu. Air tangan isteri mampu memikat hati suami.

4. Anggap mereka kekasih hati anda.

Jarang dapat dilihat pasangan suami isteri menganggap pasangan mereka adalah kekasih hati dan mereka tidak menyedari hakikat ini. Seorang suami atau isteri bukan sekadar suami isteri, tetapi mereka adalah pasangan kekasih yang sedang melayari bahtera kehidupan rumah tangga yang memerlukan kasih sayang dan cinta agar pelayaran mereka kekal hingga ke akhir hayat.



5. Buat kejutan.

Sekali-sekala apa salahnya jika anda membuat kejutan dengan memberinya hadiah. Kalau tidak mampu memberinya hadiah yang mahal, cukup sekadar sejambak bunga. Jika waktu bercinta anda boleh memberinya hadiah, kenapa tidak sikap ini berterusan hingga selepas mendirikan rumah tangga bersama. Jika kewangan mengizinkan, lebih elok jika anda bawa dia bercuti. Kenang memori indah waktu anda berbulan madu bersamanya. Pasti romantis.

6. Jangan buat perbandingan.

Terima dia seadanya dan jangan sesekali membeza-bezakannya. Sikap suka membandingkan pasangan tidak seharuisnya wujud dalam sebuah hubungan. Jika sikapnya sudah berubah, bimbing dan nasihatinya supaya berubah kearah yang lebih baik. Jangan biarkan dia terus hanyut dengan sikap itu. Sebagai suami dan isteri, anda ada hak untuk memperbetulkan pasangan dan sama-sama berubah menjadi yang lebih baik.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen