Ini Sebab Lelaki Pencinta Kucing Adalah Calon Suami Terbaik. Nak-Nak Lagi Yang Bela Banyak Kucing.

Oleh: Zuzu Yasmine

Kadang kala menilai seseorang itu bukan hanya sekadar dari kelakuannya, bahkan tindakannya terhadap sesama manusia mahupun haiwan juga boleh mengetahui siapa dirinya itu. Seperti yang kita tahu, kalau wanita ini meletakkan ciri calon suaminya adalah seorang yang penyayang kerana mereka begitu suka rasa disayangi oleh seseorang yang dia sayangi.

Sebab itu kalau nak cari pasangan atau calon suami ini, perlu cari seorang yang cintakan haiwan seperti kucing. Seperti yang kita tahu, kucing ini penuh dengan ragam, malah sikap manjanya pun kadang kala sememangnya buat sesiapa sahaja geram. Cuba bayangkan kalau lelaki memelihara kucing sebagai haiwan peliharaannya, tentu nampak lebih gentlemen dan juga macho.



Seperti yang kita tahu bahawa kucing juga merupakan haiwan kesayangan Nabi. Kucing ini tersangat comel, sebab itulah kalau si dia sukakan kucing, jangan anda lepaskan.

1. Penyayang

Bila seseorang lelaki memliharan haiwan, sudah tentu akan terlihat sikap penyayang yang ada dalam dirinya. Nak-nak lagi saat dia membelai dan bermanja dengan kucingnya sudah tentu akan membuat mana-mana wanita cair memandangnya. Bahkan terserlah sikapnya sebagai seorang bapa yang penyayang.

2. Mendahulukan tanggungjawab

Apabila memelihara kucing ini sudah tentulah dia sudah bersedia untuk bertanggungjawab serta memberi komitmen sepenuhnya. Mana tidaknya, kucing ini bukan asal jaga dan beri makan sahaja, banyak lagi perkara lain yang perlu anda berikan kepadanya. Sebab itulah, bila lelaki pelihara kucing ini dia lebih kenal erti tanggungjawab dalam hidupnya.



3. Sabar

Lelaki yang memilihara kucing ini biasanya seorang yang penyabar. Sabar dengan sikap kucing dan semua perkara yang berkaitan dengan perkara yang dia sayangi itu. Sebab itulah, anda akan sangat beruntung jika memilikinya sebagai pasangan sebab dia sangat penyabar.



4. Mudah bersimpati

Lelaki yang mudah berasa kasihan dan simpati ini terhadap haiwan mahupun manusia, biasanya mempunyai hati yang lembut dan mudah memaafkan. Jadinya, dia tidak akan mudah naik angin atau marah terhadap diri anda. Jika dia mudah bersimpati terhadap haiwan, inikan pula dengan manusia.

Kalau anda bertemu dengan seseorang yang begitu menyayangi kucing dan sentiasa memberikan berbuat baik kepada haiwan, pilihlah dirinya kerana dia begitu penyayang.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen