Lelaki Pandai Bemain Gitar Jadi Pilihan Wanita.

Lima daripada 10 orang lelaki biasanya pandai bermain apa sahaja alat muzik terutama gitar. Wanita atau si gadis pula akan tertarik dengan lelaki yang pandai bermain gitar atau muzik ini. Ada wanita di luar sana menyatakan hati keras mereka mudah cair apabila dipujuk dengan muzik gitar. Benarkah? Kami mencungkil rahsia ini.



Mengapa wanita mudah jatuh hati?

1- Nampak lebih ‘ sweet’.

Lelaki yang pandai main gitar kebanyakannya berjiwa sentimental. Mereka lebih sensitif dengan perasaan yang ada pada wanita. Jika wanita merajuk, mereka ada cara mereka sendiri untuk memujuk. Bunyi petikan dengan soft tunes memang sangat menyentuh hati. Itu bagi wanita Nampak ‘sweet’ bagi mereka.




2- Seorang yang ‘ kool’.

Biasanya lelaki yang bermain gitar ini seorang yang santai. Mereka jarang sekali mudah marah. Bermain gitar ibarat melepaskan tekanan dan luahan perasaan. Lagu-lagu yang dimainkan mengikut mood mereka itu sendiri. Mereka senang dibawa berbincang dan wanita jadikan mereka tempat untuk luahkan perasaan.


3- Seorang berjiwa romantik.

Bayangkan ketika anda (wanita) sedang menikmati makan malam, seorang lelaki mendedikasikan sebuah lagu yang dipetik melalui gitar kepada anda. Wah! pasti bahagia bukan? Anda bukan sahaja tersenyum sepanjang hari, tetapi termimpi hingga tidak tidur malam.


4- Ada aura tersendiri.

Lelaki yang serius tetapi rajin bermain gitar kepada pasangan mereka akan lebih didekati dan disayangi kerana ada stail tersendiri dalam kehidupan mereka. Wanita lebih suka meluahkan apa yang mereka rasa melalui muzik. Itulah sebabnya jiwa mereka juga lebih terdorong untuk berdamping dengan mereka yang mempunyai minat yang sama.




5- Pemikiran lebih teliti.

Lelaki yang suka bermain gitar tidak ada masa untuk bersembang tentang perihal orang lain. Mereka biasanya gemar bercampur dengan kelompok mereka yang sama minat, berbincang perkara baru mengenai muzik atau sekali sekala berkongsi perasaan tentang hati dan apa yang dimahukan oleh seorang wanita.


Bagaimana menarik perhatian wanita? (untuk bacaan lelaki).

- Belajarlah bermain gitar walaupun ‘ basic’.


- Rajin-rajinlah berteman dengan kumpulan gitar.

- Jangan asyik bermain gitar sehingga lupa tanggungjawab.

- Elak sesekali bermain gitar untuk ‘memancing’ lebih ramai wanita.

- Jangan main gitar tidak kira masa dan tempat.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen