Rasa Down Bila Masih Single, Jangan Bimbang Menurut Psikologi 'Single' Lebih Membahagiakan. Tapi Single Lama Sangat Pun Tak Seronok Juga.

Oleh: Zuzu Yasmine

Bila lihat rakan-rakan lain sudah sibuk dengan pasangan mereka masing-masing, anda pula masih sendiri ke sana sini. Aduh, tentu sahaja rasa terpukul bila memikirnyannya. Bukannya tak nak berkahwin tapi jodoh masih lagi bersembunyi di dalam gua.

Ramai yang rasa hilang kawan, sunyi tanpa teman malah merasakan hari-hari yang dilalui rasa begitu panjang tanpa kehadiran seseorang yang menceriakan hidup anda. Sudah tentu ramai yang masih single rasa seperti ini.

Mana tidaknya, pulang dari kerja terus sahaja duduk rumah dan menghabiskan masa dengan media sosial, hari-hari lakukan perkara yang sama sahaja.



Boleh jimat & rehat yang cukup

Jangan kecewa dulu. Menurut pakar psikologi menyatakan bahawa single lebih bermanfaat buat kesihatan anda. Di mana, mempunyai rakan yang mengambil berat akan membuatkan anda bahagia, nak-nak lagi jika kalian bercinta sudah tentu akan menimbulkan emosi yang bahagia.

Tapi jangan terkejut, jika anda single pelbagai perkara boleh dijimatkan, terutama dari segi kewangan. Bolelah anda simpan wang dengan lebih teratur, malah anda juga akan mendapatkan rehat yang cukup sekiranya habiskan masa di rumah sahaja. Jika miliki pasangan, sudah tentu ingin keluar dating bahkan pada hujung minggu juga perlu luangkan masa bersama yang agak panjang. Tentu meletihkan.



Mampu atasi semua perkara dengan sendirinya

Mengatasi segala-galanya sendiri, akan membuat anda termotivasi dan bangga untuk mencapai cita-cita anda. Apabila single, anda belajar bagaimana mengurus diri anda. Tidak kira secara kewangan dan emosi. Anda bebas untuk menetapkan masa anda dan memutuskan apakah komitmen anda, tanpa belenggu.

Anda lebih peka terhadap apa yang anda perlukan, dan kerana anda menghadapi segala-galanya sendiri, anda lebih bergelut dan termotivasi untuk mencapai apa yang anda perlukan.

Single untuk sementara waktu itu adalah munasabah. Risiko bercinta adalah bahawa anda merasakan anda boleh bersatu dengan pasangan anda. Ini boleh membuat anda melupakan siapa anda sebenarnya. Oleh itu, single adalah lebih baik daripada anda terlalu bersemangat untuk membuat keputusan tetapi tidak bersedia untuk semua akibatnya.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen