Berkahwin Pada Usia Mencecah 30 Tahun, Mungkin Ada Yang Rasa Lambat. Tapi Ada Kelebihan Yang Ramai Orang Tak Tahu.

Oleh: Zuzu Yasmine

Bila bercakap mengenai usia yang sesuai untuk berkahwin, tentu sahaja ramai yang merasakan bahawa saat 20an antara usia 22 hingga 26 adalah usia yang terbaik untuk mendirikan rumahtangga. Rata-rata menyatakan bahawa pada saat ini, usia masih muda untuk menikmati alam rumahtangga berbanding dengan usia yang hampir mencecah 30an.

Namun begitu, jodoh ini adalah rahsia Allah yang sebagai hamba kita tidak mengetahuinya. Boleh jadi, Allah sedang menguji anda dengan lambatnya hadir pasangan hidup. Bahkan, Allah juga menguji anda dengan hadirnya pasangan di saat usia yang muda. Kedua-duanya adalah yang terbaik dalam perancangan Allah.

Ramai yang bimbang sebenarnya bila sudah mencecah umur 30an ini. Skop mencari pasangan semakin sedikit, bahkan bimbang jika jodoh tidak hadir. Banyak perkaralah sebenarnya akan bermain difikiran anda sebenarnya bukan?



Walaupun ramai yang menganggap usia perkahwinan 20an adalah yang terbaik tetapi pada usia anda 30an adalah lebih baik berbanding usia 20an. Nak tahu kenapa?

Tahu apa yang anda mahukan

Perkahwinan ini bukan sekadar cinta semata-mata, tetapi ia juga adalah perjuangan bersama pasangan hingga ke akhirnya. Apabila sudah mencecah usia 30an ini, anda tahu hubungan yang bagaimana anda mahukan. Bahkan, kalian juga lebih jelas terhadap tanggungjawab masing-masing demi kesejahteraan hubungan bersama.



Kewangan lebih mantap

Seperti yang kita semua tahu bahawa kestabilan kewangan tersangatlah penting sekarang ini. Pada ketika anda sudah berusia 30an ini sudah tentu anda sudah mempunyai kestabilan kewangan yang baik, bahkan kewangan bukan menjadi punca kalian salah faham. Jadi ia lebih mudah untuk anda dan pasangan selesaikan salah faham.

Lebih bijak dalam komunikasi

Pengalaman hidup anda telah mengajar siapa diri anda hari ini. Walaupun ada salah faham tetapi kalian tahu bagaimana nak kawal komunikasi agar akhirnya berakhir dengan baik, bukannya semakin melarat hanya kerana ingin menjaga ego masing-masing.



Banyak belajar dari pengalaman

Pengalaman ini bukan apa yang anda lalui sahaja tetapi apa yang anda lihat, dengar dan perhati juga akan menjadi salah satu pengalaman buat diri anda. Maka dengan itu apa yang anda lihat dan dengar dari orang sekeliling akan dijadikan panduan dalam menjaga hubungan anda dan juga pasangan.

Bukan darah panas lagi

Pada usia ini anda sudah tidak pentingkan siapa betul siapa salah, tetapi lebih ingin membawa pasangan yang tepat hingga ke akhirnya. Anda juga sudah tidak akan mengikut kehendak anda sahaja tetapi lebih cuba untuk memahami pasangan dan juga hubungan. Kiranya macam dah matang dalam perhubungan yang dibina.

Berkahwin pada usia mana-mana sekalipun bukannya perkara yang penting. Apa yang lebih penting adalah bagaimana anda kawal hubungan tersebut sehingga anda merasai kebahagiaannya dan siapa pasangan yang tepat yang telah Allah cipatkan buat diri anda.



 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen