Nak Diet Tapi Makan Sikit Tak Cukup? Haaa... Ini Cara Makan Sedikit Tapi Mengenyangkan. Jom Amalkan.

Oleh: Zuzu Yasmine

Setiap orang sudah tentu menginginkan kebolehan memakan banyak tapi berat badan tak naik-naik. Nak-nak lagi orang perempuan, dia punya suka makanan sampaikan nak makan macam-macam tanpa henti tapi bila berat badan naik mereka juga yang kecewa.

Apabila melihat rakan-rakan lain yang mempunyai berat badan yang ideal malah bentuk badan yang cantik tentu sahaja akan membuatkan sedikit rasa cemburu kerana mereka boleh makan apa sahaja tanpa perlu kawal dengan ketat.



Nak makan banyak tapi tidak mahu berat badan naik dengan mendadak sudah tentulah kena dengan caranya. Ada orang yang menyatakan sebelum makan, mulakan dengan meminum air masak seteguk dahulu kemudian barulah menikmati hidangan tersebut.

Tapi ada juga yang beri cadangan bahawa memakan buah terlebih dahulu sebelum makan akan membuat anda cepat kenyang malah juga mampu menjaga kuantiti makanan anda. Dua perkara ini biasa sangat dah, malah dah cuba pun tak berkesan juga.

Ini ada cara lain yang membantu anda makan sedikit tapi cepat kenyang yang boleh anda tiru.

Mengunyah makanan dengan perlahan

Pertama sekali, anda perlu mengunyah makanan dengan perlahan. Tujuan utamanya adalah supaya enzim menyerap dengan lebih baik. Kaedah ini juga akan memberikan anda masa 20 minit selepas makan hidangan pertama dengan buah-buahan.

Pastikan anda berfikir terlebih dahulu sebelum ingin menambah untuk kedua kalinya. Mungkin anda ingin menambah makanan kerana masih belum rasa kenyang bukan?



Kuantiti makanan yang ingin dimakan

Cuba elakkan dari mengambil nasi terlelu banyak. Paling terbaik adalah memilih jenis beras perang kerana ia tidak memberikan kemudaratan pada kesihatan kita.

Anda boleh tambahkan sambal sebagai makanan sampingan supaya menjadikanya lebih sedap. Pastikan anda mengambil pinggan yang bersaiz kecil dari kebiasaannya.

Menurut Vito lagi, menambahkan sedikit sayur-sayuran dalam hidangan juga sangat baik. Ini kerana kandungan serat yang ada pada sayuran boleh menjadikan kita kekal segar dalam jangka masa yang lama.

“Jadi, kami tidak mahu makan lagi, untuk sayur-sayuran, jika saya setengah plat, maka kami akan terus kenyang dan lapar untuk masa yang lama,” kata Vito, yang sedang bersiap makan makanan di atas pinggan.

Disebabkan itu juga kita tidak mahu makan lagi. Jumlah sayur yang boleh anda ambil adalah setengah pinggan. Itu yang membuat kita kenyang dalam jangka masa yang lama.

Semoga dengan perkongsian ini boleh memberikan idea dan panduan untuk anda agar kekal sihat dan langsing pada masa yang sama.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen