Orang Lelaki Romantik Dia Lain Macam Lepas Kahwin Berbanding Masa Bercinta, Nak-Nak Lagi Bab Tolong Uruskan Rumahtangga.

Oleh: Zuzu Yasmine

Kalau masa bercinta anda sering mendapat coklat, kata-kata manis bahkan kejutan yang tidak menduga, berlainan pula selepas kahwin ini. Selalunya ramai yang anggap selepas kahwin lelaki mesti sudah tak romantik macam dulu lagi, mesti dah tak hargai isteri dia bahkan dah tak kesah pun pasal perkara yang sweet-sweet ini.

Dalam alam perkahwinan ini sememangnya banyak perkara yang berubah, kalau dulu masa bercinta dia selalu beri kejutan dan dan hadiah yang istimewa buat diri anda tetapi selepas kahwin tidak, jangan mengeluh dan menyatakan bahawa dirinya tidak seperti dahulu.



Lebih fokus kepada tanggungjawab

Kadang kala tanggungjawab yang menyebabkan dirinya mula tidak seperti dahulu. Kalau dulu duitnya habis dengan memberi kejutan bunga, coklat, makan tempat hipster dan lain-lain lagi, tapi selepas bergelar suami tidak seperti itu lagi kerana dia tahu bahawa duitnya kini lebih untuk masa depan anda serta anak-anaknya.



Dia lebih mengutamakan tanggungjawabnya berbanding dengan perkara-perkara yang remeh ini. Kalau masa bercinta dia tidak mempunyai tanggungjawab yang banyak kini selepas kahwin sudah tentu tidak sama lagi. Jadi sebagai isteri kenalah faham sikit suami anda.

Tapi romantik bab-bab ringankan beban isteri

Nampak sahaja macam tak romantik suami anda itu, tapi sebenarnya banyak perkara romantik yang anda tak sedar dan tak ketahui. Nak tahu apa perkara romantik yang suami lakukan tanpa anda sedar?



Antaranya;

• Suami bantu kemas rumah pada hujung minggu.
• Tukar lampin anak pada waktu malam.
• Kadang-kadang masak untuk anda.
• Paling best bila dia bagi ada rehat tapi dia jaga anak.
• Basuh baju dan lipat kain kerana tahu isteri letih.
• Bawa anda pulang ke rumah orang tua anda.

Kadang kala kita tak sedar pun akan perkara ini kerana merasakan itu tanggungjawab mereka. Akan tetapi, tidak semua lelaki mampu lakukan perkara ini. Tapi jika suami anda lakukan perkara ini, ketahuilah dia sangat romantik dan inilah cara dia beromantik.




 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen