Wow! Lelaki Lebih Bahagia Bila Memilih Wanita Bijak Sebagai Isteri - Kajian

Oleh: Zuzu Yasmine

Seperti yang kita tahu bahawa sekarang ini perempuan sememang lebih mendahului jika memgenai bab pendidikan. Rata-rata lelaki lebih gemar memilih bidang yang berkaitan kemahiran berbanding duduk dan menghafal sesuatu perkara.

Bila bercakap mengenai pendidikan ini, bukan nak berbincang akan siapa yang lebih bijak ataupun sebaliknya. Akan tetapi, tanpa kita sedar rupanya ada kepentingan juga pendidikan dalam sebuah hubungan rumahtangga, terutamanya mengenai kebahagiaan.

Tanpa kita sedari bahawa lelaki akan lebih bahagia jika dirinya memilih wanita yang mempunyai pendidikan. Tidak kiralah pendidikan itu lebih tinggi atau selari dengannya, dia akan merasa bahagia.



Satu kajian yang dikemukakan di HILDA Survey Research mendapati lelaki lebih bahagia apabila mereka berkahwin dengan wanita yang bijak dan berpendidikan. Kajian yang dilakukan pada lebih daripada 5000 orang di Australia ini menyatakan bahawa semakin tinggi tahap pendidikan isteri, semakin bahagia suami.



Tetapi mernurut Shane Mathew Worner dari Australian National University yang menyatakan bahawa kemungkinan besar sebabnya adalah pendapatan yang diperoleh wanita dalam perkahwinan itu sendiri yang menyokong kebahagiaan perkahwinan.

Pendidikan boleh menentukan tahap perkerjaan anda. Apabila seorang suami dan isteri memperoleh pendapatan dan dapat memenuhi keperluan isi rumah, tentunya risiko kurang mengalami masalah kewangan. Dengan ini suami merasa lebih bahagia kerana beban kewangan dikongsi bersama.



Dikatakan bahawa tahap kebahagiaan lelaki dapat meningkat hingga 135% ketika berkahwin dengan wanita yang bijak dan berpendidikan ini. Jadi siapa yang tidak mahu hidup dalam rumahtangga yang bahagia bukan?

Walaupun tidak mempunyai pendidikan yang tinggi, tetapi bijak dalam pemikiran dan berfikir seperti orang bijak juga membuktikan anda seorang yang bijak.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen