Bila Bosan, Lelaki Suka Buat Apa Berbanding Perempuan?

Oleh: Rafi

Bila tengah boring dan tak ada kerja nak buat, apa yang korang selalu buat untuk mengisi lapang? Jawapan korang mesti berlainan kan. Manusia memang ada citarasa dan minat yang berlainan. Hobi tak semestinya sama, minat pun berlainan. Mungkin ia berfaktorkan jantina, tahap pendidikan, kewangan, ataupun tahap kesengalan otak masing-masing. Tapi kali ini kita akan meninjau minat aktiviti masa lapang dengan faktor jantina diambil kira. Ada kegiatan masa lapang yang lelaki suka jalankan dan perempuan pula tidak ataupun 'mungkin' minat. 'Mungkin' tu bererti kurang daripada 5% sahaja. Selalunya aktiviti-aktiviti lelaki muncul daripada kreativti, ataupun semangat ingin bersama. Ada sebab kenapa perempuan tak mungkin berminat untuk buat aktiviti ini. Jom kita tengok apa yang lelaki selalu buat untuk tidak membuang masa.



1. Futsal.

Yang ni obviously perempuan tak berapa minat nak main. Sedangkan bola yang bergolek itu dIorang boleh takut, apatah lagi kalau melayang menuju kepala dIorang. Pengsan terus kot selepas kena. Memang ada perempuan yang suka main, tapi sekelompok yang kecil saja. Jadi, ini lebih kepada aktiviti lelaki. Futsal bukan sekadar sukan yang menilai kehebatan seseorang mirip Mokhtar Dahari, Lionel Messi, ataupun Micheal Schumacher (dia pandai main bola juga sebenarnya). Futsal juga menguji ketahanan mental, fizikal, kerjasama, dan sportsmanship. Ketahanan mental paling kerap diuji kerana susah untuk terima hakikat anda kena 'ole' RM5 dan digelakkan orang lain.

2. Main Kad.

Poker, Blackjack, Race, Ketuk, Sakai.. Namakan saja. Semua boleh main. Bukan berjudi sebab tak ada duit yang dipertaruhkan. Mungkin maruah saja yang dipertaruhkan kalau kalah. Maruah? Apa yang kena buat kalau kalah? Itu semua mengikut undang-undang yang para pemain sendiri tabalkan. Contoh paling ringan ialah menyangkut penyepit baju di telinga ataupun lidah orang yang kalah. Dan gambar mereka akan ditangkap sebagai bukti kekalahan. Itu saja. Duit tak sentuh kan. Tak haram. Hehe. Akibat poker, telinga binasa. Padan muka. Siapa suruh kalah? Haha. Jadi, perempuan sanggup ke kena penyepit di lidah? Tak mungkin. Menangis dan terus balik kampung nanti. Hehe.



3. Lepak minum di mapley (mamak).

Selalunya, kalau bab makan-makan, perempuan la yang paling giat. Tapi mungkin bukan di mamak kerana suasana yang tak sesuai untuk mereka bergossip. Kedai mamak lebih sesuai sebagai tempat melepak orang lelaki sebab boleh makan puas-puas, sembang lama-lama, dan tengok bola di TV sambil itu. Senang cerita, kalau dekat barat tu guys lepak di bar, kita lepak di mapley. Oh yea!

4. Buat BBQ dengan kawan-kawanm

Buat BBQ juga aktiviti yang digemari lelaki semasa waktu lapang, bersyaratkan ada benda nak masak, ada tempat nak bakar arang, ada BBQ grill (bukan tempat masak burger sahaja), dan ada yang pandai masak. Cukup semua itu, berjalanlah BBQ itu. Tapi dinasihatkan BBQ tidak kerap dijalankan sebab tak elok sangat selalu makan makanan masak atas arang, macam satay. Bahaya risikonya, lagi-lagi bagi penghisap rokok. Jadi, sekali-sekala jela boleh. Kepulan asap yang tebal. Tapi ayam tak hangus pun. Sedap. Perempuan juga boleh terlibat dengan aktiviti BBQ. Tapi, seperti saya nyatakan tadi, diorang datang untuk makan saja. Hehe.



5. Lawan main game bola.

Tak semua lelaki boleh main bola sebenarnya. Ada yang kaki bangku, ada yang kaki tilam juga (kuat tidur). Tapi sebab nak tunjuk sangat kelakian diri, diorang pun ajak orang lain lawan PES (Pro Evolution Soccer), sebuah permainan video bola sepak keluaran Konami. Kadang-kadang, pertandingan PES juga akan diadakan antara kawan-kawan. Contoh pertandingan yang dijalankan ialah Piala Ramadhan yang dijalankan khas bersempena bulan Ramadhan. Tapi kantoi la. Nampak sangat diorang tak pergi solat tarawih. Fokus betul main PES. Padahal skrin hitam je. Haha. Ada juga perempuan yang main game ini, tapi sekadar mencuba saja. Tak mungkin diorang akan anjurkan pertandingan juga. Susah nak tentukan pemenangnya nanti sebab tak ada gol yang akan disumbatkan. Hehe.

6. Basking atau jamming.

Ini aktiviti paling cikai la boleh buat. Yang penting ada gitar, ada orang boleh main gitar, ada orang boleh nyanyi, dan ada topi (untuk kumpul duit orang bagi). Yang topi tu tak perlu pun, kecuali kalau nazak sangat, pergi la basking dekat Danau Kota. Kalau bukan bertujuan nak kumpul duit, nyanyi ramai-ramai sambil seorang memetik gitar mainkan lagu. Kalau boleh memekak tu sampai orang dalam blok naik angin. Hehe. Ada juga perempuan yang boleh main gitar, tapi tak ada la sampai tahap basking. Dorang malu nak menyanyi ramai-ramai. Takut suara tak sedap. Yang main gitar pula semua memasang impian nak jadi macam Yuna. Jadi, kita dah nampak sebahagian aktiviti masa lapang yang diminati lelaki, tapi mungkin kurang diminati perempuan. Perempuan pula suka buat apa pada masa lapang? Kita akan perbincangkan lagi. Hehe.

Untuk kaum hawa, apa pandangan korang tentang topik ini? Korang ada buat aktiviti-aktiviti macam ni juga ke? Kalau ada, anggaplah anda perempuan yang macho. Hehe.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen