Bila Nampak Isteri Sudah Tak Pandai Jaga Penampilan, Tukar Isteri Bukan Penyelesiannya. Begini Caranya Menurut Ustazah Asma' Harun.

Oleh: Zuzu Yasmine

Bila dah nampak kelemahan pasangan, laju sahaja kita nak salahkan dirinya, malah kalau boleh nak tukar kedudukan si dia dengan orang lain yang dianggap lebih sempurna. Manusia ini selalu sangat inginkan kesempurnaan tapi dia lupa bahawa tiada manusia yang begitu sempurna dalam dunia ini.

Masa sebelum kahwin memang kita akan nampak pasangan kita itu sempurna, tapi bila dah kahwin dan sudah memiliki anak barulah segalanya akan kelihatan. Masa itulah kita nampak pasangan kita tak jaga penampilan, tak tahu urus rumahtangga bahkan banyak lagi perkara lain. Sebelum kahwin tak nampak semua itu, hanya nampak dia yang paling kacak dan cantik sahaja.

Orang lelaki bila terdetik nak tukar isteri itu, kena ingat balik. Adakah isteri seperti itu berpunca dari diri anda atau tidak. Tak semestinya anda tukar isteri semua masalah akan selesai.



Untuk membincangkan hal seperti ini, Ustazah Asma’ Harun sesuai mengulas dengan lebih lanjut. Dimana ada satu keadaan seorang suami yang merasakan isteri tidak seperti isteri lain. Ini pandangan Ustazah Asma’ Harun.



"Isteri saya tak seperti orang lain, dengan pemalasnya, tak pandai masaknya, tak pandai berhiasnya, bercakap pun kasar, muka asyik masam...bla.bla... Saya rasa macam tak boleh nak terus hidup dengan dia lagi, ni baru dua tahun, kalau nak terus sampai puluh tahun tak tahulah azabnya hidup saya, mungkin saya perlu cari perempuan yang lebih sesuai dijadikan isteri".

"Terpulang pada encik. Tapi saya rasa encik akan cari isteri sepanjang hidup, dan mungkin encik takkan jumpa 'isteri' sampai mati..".

"Kenapa pula ustazah, teruk sangat ke saya, salah ke nak tukar isteri ?"

"Saya tak cakap encik teruk. Pertama, encik mungkin mencari wanita yang sempurna, maka memang encik takkan jumpa sampai bila-bila. Kerana manusia tiada yang sempurna".

"Kedua, encik sebenarnya bukan cari seorang isteri, tapi seorang hamba suruhan atau pekerja. Seorang pekerja yang dibayar gaji untuk setiap kerjanya pun belum tentu dapat memenuhi kehendak kita. Apatah lagi seorang isteri yang diminta buat itu ini tanpa diberi gaji, bahkan kadang dibalas dengan cemuhan, perbandingan, hinaan dll".

"Ketiga, Isteri adalah rakan kongsi hidup, kekasih hati, tempat saling menumpahkan sayang, bukan pengurus hidup encik. Encik dah tua kan, dah boleh urus hidup sendiri, kenapa bila dah kahwin tak boleh urus sendiri. Rumahtangga adalah penyatuan lelaki dan wanita sebagai tempat berkongsi segala-galanya. Jangan nak kongsi makan sama, sediakan makan pun sama-samalah. Nak kongsi bilik dan rumah yang bersih je, kongsi jugalah kerja rumah tu. Nak kongsi anak je, sama-samala kongsi bab jaga anak tu.. "

"Keempat, encik datang mengadukan aib isteri, sebenarnya tanpa sedar encik sedang mengadukan kelemahan diri sendiri kerana gagal bersabar dalam mendidik seorang isteri, mungkin sikap buruk isteri berpunca daripada kita juga".
............

Suami yang sangat sweet apabila dia hantarkan msg sekali sekala,

"Awak, jangan lupa solat awal waktu, kerja memang tak habis, tapi umur kita akan habis..".

"Awak, jangan lupa baca alquran tu, sekarang saya ada untuk awak, tapi dalam kubur alquran adalah teman awak yang setia.."

"Awak, jaga aurat ya.. Awak cantik sangat bila tutup semua, kerana kecantikan sebenar apabila menarik pandangan allah dan para malaikat, bukan pandangan manusia. Cukuplah awak untuk saya.."

Pasangan muda, tolong ingat satu perkara ni,

Perkahwinan dibina atas dasar cinta, tapi keluarga bahagia dibina atas dasar tangungjawab.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen