Nak Murah Rezeki Mudah Sahaja, Suami Isteri Kena Kerap Lakukan Ini.

Oleh: Zuzu Yasmine

Rezeki yang datang bukan hanya sekadar wang ringgit sahaja, tetapi kesihatan yang baik, anak-anak yang soleh, rumahtangga bahagia, dan dapat mertua yang menerima juga merupakan rezeki yang baik sebenarnya. Tapi orang hanya melihat ke arah wang ringgi tanpa melihat apa yang telah dia miliki hari ini.

Selain bersedekah untuk menerima rezeki yang melimpah, terdapat juga amalan lain yang membantu anda dan juga keluarga. Walaupun amalan ini nampak macam tiada apa, malah ramai yang mengamalkan tetapi kadang kala anda yang menganggap perkara ini tidak penting.

Jadi ini beberapa amalan yang boleh anda lakukan bersama-sama keluarga anda. Mudah-mudahan rezeki yang datang lebih murah serta dari yang baik-baik sahaja.



1. Makan bersama-sama sekeluarga

Lagi-lagi pasangan yang bekerja, ini sahaja masa yang mereka ada bersama. Lagipun di meja makan lah boleh mengeratkan lagi hubungan silaturrahim. Di meja makan segala masalah akan hilang, malah kalian juga akan mudah berkongsi antara satu sama lain segala perkara yang berlaku pada hari tersebut.

2. Layani anak-anak dengan kemesraan

Biasa lah, kalau dah ada anak memang banyak tanggungjawab dan komitmen sebagai ibu bapa. Tetapi percayalah, anak yang dikurniakan adalah rezeki yang paling besar dalam hidup seseorang. Percaya bahawa doa seorang anak yang soleh dan solehah itu amat penting.



3. Panggilan baik antara suami isteri

Memanggil pasangan anda dengan panggilan yang baik dapat menyejukkan hati mereka walaupun berada dalam situasi yang tegang. Sebab itulah digalakkan memanggil dengan panggila ‘sayang’, ‘abang’ ataupun panggil yang disukai pasangan. Yang mendengar pun seronok sahaja rasanya.



4. Memberi nafkah kepada isteri

Walaupun isteri anda bekerja dan memiliki wang simpanan sendiri. Sudah menjadi kewajipan dan tanggungjawab seorang suami untuk memberi nafkah kepada isteri mereka. Jangan sesekali abaikan nafkah seorang isteri, walaupun gaji anda tidak setinggi dirinya tapi percayalah rezeki akan datang dengan anda secara melimpah ruah.

5. Tenangkan hati pasangan ketika mereka resah

Suami isteri ditemukan Illahi untuk melengkapi satu sama lain. Di saat susah mahupun senang, mereka lah yang akan berada di samping anda. Jadi, jika mereka berada dalam keadaan resah dan gelisah, anda haruslah tenangkan mereka.

Semoga menjadi amalan bersama dan sentiasa dimurahkan rezeki.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen