Bukan Sekadar Kerana Cinta Sahaja Seseorang Membuat Keputusan Untuk Berkahwin, Ini Antara Sebab Lain Yang Sentiasa Menjadi Pertimbangan.

Oleh: Zuzu Yasmine

Apabila sepasangan kekasih membuat keputusan untuk berkahwin, tentu sahaja kita semua sudah tahu bahawa mereka ini saling mencintai antara satu sama lain. Bahkan, boleh jadi hubungan yang terbina antara mereka ini sudah lama hingga membuatkan mereka mengambil keputusan untuk berkahwin.

Membuat keputusan untuk berkahwin ini bukan satu perkara yang mudah. Nak-nak lagi kalau memilih seseorang untuk hidup selamanya di sisi kita tanpa perasaan cinta sudah tentu agak meragukan. Sebab itu ramai yang berkahwin atas dasar cinta bahkan suka sama suka.

Hidup alam perkahwinan yang bakal ditempuhi ini bukan mudah, ia tidak cukup kalau dalam hubungan itu hanya sekadar cinta sahaja. Ini kerana, cinta boleh pudar lama ke lamaan malah boleh lenyap dek kerana sikap atau perbuatan dari pasangan.



Satu kajian yang dijalankan oleh Pew Research Center pada tahun 2010 mendapati bahawa sebab utama seseorang memutuskan untuk berkahwin adalah kerana cinta. Faktor-faktor lain selepas rasa cinta adalah komitmen, persahabatan, mempunyai anak dan kestabilan kewangan.



Kaji selidik yang dilakukan terhadap 1,306 orang yang berkahwin dan 1,385 orang yang belum berkahwin ini menunjukkan faktor keutamaan yang sama. Mereka melihat perkahwinan kerana ia mesti berdasarkan cinta, kemudian diikuti dengan komitmen untuk menjalani masa perkahwinan seumur hidup.

Faktor ketiga yang membuat orang pasti berkahwin adalah rasa persahabatan (companionship) yang merasa nyaman dan saling mengenal antara satu sama lain sehingga mereka dapat menerima baik dan buruk pasangan. Apabila berkahwin dengan seseorang yang dianggap seperti kawan, perkahwinan dianggap lebih mudah.



Faktor sokongan lain yang tidak kurang penting ialah perjanjian untuk mempunyai anak dan kestabilan kewangan. Perkahwinan tidak akan lengkap jika tidak memiliki keturunan serta tidak akan bahagia dan damai jika ia tidak berjaya secara kestabilan kewangan.

Jadi, sebenarnya ia sangat realistik. Untuk mencapai keputusan perkahwinan, sebenarnya orang bukan sahaja memerlukan satu faktor penentu, tetapi banyak perkara yang perlu dipertimbangkan.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen