Jangan Terlalu Sibuk Kejar Karier Sehingga Malas Nak Berkahwin, Nak-Nak Lagi Kaum Wanita. Walaupun Dah Stabil Tetap Perlukan Suami Sebagai Pelindung.

Oleh: Zuzu Yasmine

Bila umur semakin meningkat ini, ramai rakan-rakan anda sudah membawa halauan mereka yang tersendiri. Ada yang sibuk dengan anak-anak dan pasangan mereka, bahkan ada yang masih sibuk dengan pembelajaran serta ada juga yang sibuk mengejar kejaya yang mereka mahukan. Nak berkumpul macam dulu-dulu sudah payah, malah masing-masing ada haluan yang mahu dikecapi.

Ketika ini jugalah kita akan memasuki fasa ramai yang sedang melangsungkan perkahwinan bagi merealisasikan cinta mereka. Apabila menghadiri undangan kenduri tersebut, kadang-kadang mungkin terdetik di hati anda untuk turut melangsungkan perkahwinan.



Namun, apabila difikirkan karier dan juga keadaan diri sendiri yang belum stabil, kita cenderung untuk kembali ke dunia realiti bahawa alam perkahwinan itu bukanlah suatu yang mudah. Ia bukan shaaja memerlukan usaha daripada kedua-dua pasangan malah lebih daripada itu.

Sebuah nasihat yang mungkin sering menari-nari di benak fikiran anda ialah – jangan berkahwin apabila anda cemburu (teruja atau tidak sabar) melihat orang lain berkahwin, tetapi berkahwinlah apabila kedua-dua pasangan bersedia untuk mengharungi alam perkahwinan.



Ada juga wanita yang memilih untuk menstabilkan karier mereka terlebih dahulu berbanding melayari alam perkahwinan.

Apabila dilihat pada zaman Baginda SAW, isterinya yang pertama, iaitu Saidatina Khadijah juga merupakan seorang hartawan yang sangat pandai dan cekap dalam menguruskan perniagaannya.

Sebelum beliau bernikah, sehinggalah selepas beliau menjadi isteri kepada Nabi Muhammad SAw, beliau sangat komited dengan kariernya.

Ramai wanita di luar sana yang mementingkan karier dan memilih untuk membujang terlebih dahulu sebelum karier mereka betul-betul stabil. Ada juga wanita yang telah berkahwin tatapi masih lagi menyeimbangkan hidupnya dengan menjadi isteri dan wanita yang berkerjaya.



Jika anda merupakan perempuan yang masih bujang, adalah lebih baik untuk berdoa agar Allah mengurniakan anda jodoh yang baik-baik dan boleh menerima setiap kekurangan dan kehidupan anda. Dalam masa yang sama, anda boleh memperbaiki kehidupan anda ke arah yang lebih baik agar anda lebih bersedia.

Buat wanita yang sudah bergelar sebagai isteri dan ibu tetapi masih lagi mempunyai kerjaya, mereka perlu memahami tugas hakiki mereka, iaitu sebagai isteri dan ibu. Dalam erti kata lain, jangan diabaikan kasih-sayang dan tanggungjawab terhadap keluarga.

Tidak salah untuk bekerja dan menggapai impian anda, namun perlu menyeimbangkan antara tugas tersebut dan juga tugas di rumah.



Tambah kenyataan yang diberikan oleh Mufti Wilayah juga, wanita yang bekerja perlu menjaga batas-batas dan mengikut syariat yang ditetapkan.

قَدْ أُذِنَ أَنْ تَخْرُجْنَ فِي حَاجَتِكُنَّ
Maksud: “Telah diizinkan (bagi wanita) untuk mereka keluar bagi menunaikan hajat mereka.” (Hadis Riwayat Bukhari, 147)

Wallahu a’alam.




Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen