Bila Tengok Pasangan Dingin Semacam Je, Amalkan Doa Ini Untuk Melembutkan Hatinya. Lepas Ini Semua Akan Sweet-Sweet Sahaja.

Oleh: Zuzu Yasmine

Salah faham dalam rumahtangga ini biasa berlaku, sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Kadang ada juga bermasam muka dan bertengkar panjang apabila tidak sependapat. Itu semua perkara biasa, bukan mudah dua pemikiran nak dapatkan persetujuan bersama, maka dengan itu jangan terlalu mudah merasa mengalah kalau dilanda ujian sebegini.

Bolej jadi masa itu pasangan anda masalah di tempat kerja, susah hati bimbangkan ibu bapa di kampung dan boleh jadi risau duit dalam bank tidak mencukupi sampai hujung bulan. Macam-macam yang hal yang kadang kala mengganggu fikirannya sehingga membuatkan dirinya bertindak agak kasar sedikit dengan anda.

Jangan cepat marah dan melenting apabila dirinya seperti itu. Sebagai suami isteri anda perlu lebih prihatin, kita haruslah banyakkan bersabar dan tabah jika pasangan kita pada hari itu mood dia tak berapa best sangat.



Boleh amalkan ayat ini untuk lembutkan hati pasangan kita ini.

Surah Al-Kautsar adalah surah yang paling pendek, yang mengandungi 3 ayat sahaja dan diturunkan di Mekah. Al-Kautsar yang membawa maksud sebuah sungai yang mengalir di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata yang indah dan cantik. Rasa air sungai ini lebih manis daripada madu, warnanya lebih putih daripada susu dan baunya lebih harum daripada bau kasturi.

Surah yang disifatkan sebagai penghibur hati Nabi Muhammad SAW kerana diturunkan di saat bagindah bersedih kehilangan dua orang yang amat disayanginya.



Selain daripada melembutkan hati seseorang, surah ini boleh diamalkan sebagai penawar.

• Dibaca 1000 kali untuk menambahkan rezeki.
• Dibaca waktu hujan turun
• Dibaca jika kehausan air, baca surah ini dan gosokkan ke bahagian leher.
• Jika sakit mata ataupun mata berair, gatal-gatal ataupun bengkak, baca surah ini sebanyak 10 kali dan sapukan pada mata.
• Baca surah ini sebanyak 10 kali jika rumah anda terkena sihir, mudah-mudahan Allah akan memberi petunjuk dimana letaknya sihir itu.
• Orang yang teranayai sehingga dimasukkan ke penjara, boleh membca surah ini sebanyak 71 kali.

Amalkan surah ini dan juga surah-surah yang lain supaya kehidupan di dunia dan akhirat mendapat kerahmatan.




Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen