Kekurangan & Kelemahan Pasangan Bukan Penghalang Untuk Kecapi Kebahagiaan.

Oleh: Zuzu Yasmine

Takut nak mendirikan rumahtangga itu adalah perkara biasa. Siapa sahaja yang tidak takut akan tanggungjawab dan amanah yang akan dipikulnya kelak. Tapi, kalau tidak laluinya sudah tentu tidak akan tahu bagaimana rumahtangga yang bakal menjadi milik kita.

Seorang wanita takut kalau-kalau berkahwin suaminya bukan seperti yang diharapkan, bukan pelindung, romantik, memahami dan lain-lain lagi. Seorang lelaki pula bimbang akan terbeban dengan tanggungjawab yang bakal dipikul, itu belum lagi masa buat dirinya tak ada, itu ini kena sekat dan macam-macam lagi.

Perkahwinan ini tidak serumit macam anda fikirkan. Kena kahwin dahulu, baru tahu bagaimana rasa bahagianya rumahtangga ini. Seperti yang dikongsikan oleh Firdaus Shakirin ini, alam perkahwinan bukanlah sesuatu yang rumit, susah dan teruk seperti yang anda bayangkan.



Mungkin bagi segelintir lelaki yang bakal menjadi suami atau dah menjadi suami merasakan bahawa rumit, susah dan teruk untuk menjalani kehidupan berumahtangga. Banyak benda nak kena ikut dan buat, susah nak layan dan jaga isteri.



Sebenarnya, kehidupan alam rumahtangga ni tak rumit, tak susah, tak teruk.

Ianya sangat-sangat mudah dan simple.

Perkara pertama yang perlu kita tahu untuk menjalani kehidupan rumahtangga yang tenang dan bahagia ialah :

1) Tunaikan tanggungjawab dan kewajipan sebagai suami.

Ini yang paling-paling utama dalam kehidupan suami isteri. Suami kena ada sifat bertanggungjawab. Hak-hak isteri perlu dipenuhi tanpa sebarang alasan kerana ianya kewajipan yang diletakkan Allah s.w.t ke atas bahu kita. So, kalau tak buat, maka dosa.

2) Hidupkan agama dalam rumahtangga.

Sebagai orang islam, solat itu tiang agama. Semua perkara yang berlaku dalam hidup kita bermula dengan solat. Sebab solat tu adalah cara kita mendekatkan diri dengan Pencipta, memohon sesuatu dari-Nya. Hidup orang yang hubungannya dengan Allah terjaga lebih bahagia daripada hidup orang yang melupakan Allah s.w.t. Solat itu yang akan membentuk keperibadian dan perwatakan kita sebagai seorang hamba dan juga suami.



3) Jauhi perbuatan yang boleh menyakiti hati pasangan.

Apa yang kita tak suka pasangan buat, maka kita pun jangan buat, jaga pergaulan, jaga ikhtilat, pelihara status sebagai suami orang tu baik-baik ketika di luar rumah ataupun di dalam rumah. Jangan sesekali melakukan sesuatu yang boleh menyakiti hati pasangan, andai ianya kesilapan yang tak disengajakan, maka tolong jangan ulanginya semula, ambik pengajaran untuk setiap kesilapan.

4) Hormati dan Hargai pasangan.

Jika ingin dihormati sebagai seorang suami, maka tolong menghormati pasangan sebagai seorang isteri. Jangan layan dia macam kuli, jaga bahasa dan tingkah laku kita terhadapnya. Apa yang dia dah lakukan dalam rumahtangga tu, tolong tunjukkan penghargaan walaupun hanya sekadar sebuah ucapan, “terima kasih”.



5) Bertegas akan hal akhirat, bertolak ansur akan hal dunia.

Bab solat, bab aurat, bab pergaulan ialah bab yang seorang suami perlu bertegas dengan isteri. Kena suruh isteri solat, tutup aurat, jaga pergaulan di luar rumah dan dengan siapa dia berhubung. Ini soal akhirat, perkara-perkara yang akan ditanya Allah s.w.t kepada seorang suami.Isteri di bawah tanggungjawab suami, maka tegur, nasihat dan bimbinglah isteri akan hal-hal agama. Untuk hal-hal dunia seperti isteri ingin bekerja, isteri ingin berbakti terhadap orang tuanya, giliran beraya, maka bertolak ansurlah dengan isteri. Fahami situasi yang dialami isteri sebelum menuntut atau menghalang isteri daripada melakukannya.

Perkara terakhir yang ingin dinasihati ialah, sebagai manusia, kita pasti ada kelemahan, kekurangan dan keburukan. Lengkapilah semua ini dengan kelebihan yang ada pada diri sendiri. Jangan jadikan ianya sebagai penghalang untuk kita bahagia. Jangan fikir bahawa ada lagi yang lebih baik dan sempurna di luar sana untuk kita.

Sempurnakan pasangan kita walau siapa pun dirinya.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen