4 Kelebihan Wanita Digalakkan Berhenti Kerja & Jadi Suri Rumah Sepenuh Masa.

Oleh: Rafi

'Ramainya isteri berhenti kerja untuk jaga anak mereka di rumah. Perlu ke aku berhenti kerja untuk beri perhatian sepenuhnya kepada keluarga?'

'Nanti apa pula orang cakap, belajar tinggi-tinggi, end up jaga anak kat rumah.'



Mungkin kata-kata sebegini sering kali membelenggu fikiran ibu-ibu yang mengimpikan untuk berhenti kerja dan menumpukan sepenuh perhatian terhadap rumah tangga yang dibina, lebih-lebih lagi bagi mereka yang telah dikurniakan anak. Sebenarnya tanpa kita sedari banyak kelebihan sekiranya si ibu berhenti kerja untuk menjaga anak mereka di rumah. Tetapi bersediakah anda untuk melepaskan kerjaya tersebut dan menumpukan sepenuh perhatian kepada keluarga selepas ini? 4 Sebab anda tidak perlu menyesal berhenti kerja untuk menjaga anak dan keluarga di rumah.

1) Melihat anak membesar di depan mata.

Sebagai seorang ibu, sudah pasti anda mahukan yang terbaik untuk anak anda terutama semasa proses membesar. Pasti seronok dan teruja melihat setiap perubahan yang berlaku pada anak kita, terutama bagi mereka yang pertama kali mendapat zuriat. Malahan, hubungan ibu dan anak akan semakin erat serta dapat membina satu sifat kepercayaan yang tinggi dalam perhubungan tersebut. Sudah pasti anda inginkan yang terbaik dan memberikan sepenuh perhatian kepada anak tersebut.



2) Dapat elak kes-kes yang melibatkan pengasuh atau di taska.

Kita sering mendengar kes kematian atau penderaan kanak-kanak di taska dan di rumah pengasuh. Perkara ini yang paling ditakuti oleh ibu bapa pada hari ini. Mengikut statistik yang dikeluarkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat pada 2014, sebanyak 2,409 kes penderaan kanak-kanak direkodkan. Sebanyak 186 kes dilaporkan dilakukan oleh pengasuh di rumah jagaan kanak-kanak atau pusat penjagaan kanak-kanak berasaskan komuniti. Namun ia dapat dielakkan sekiranya ibu menjaga sendiri anak mereka di rumah tanpa memerlukan mereka menghantar anak mereka ke rumah pengasuh. Selain itu, ia juga dapat menjimatkan perbelanjaan kerana tidak perlu membayar untuk kos penjagaan di rumah pengasuh dan taska. Tidak guna sekiranya gaji beribu membayar upah pengasuh dengan harga yang mahal tetapi anak tersebut tidak dijaga dengan baik.



3) Dapat menjana pendapatan dari rumah.

Siapa kata duduk rumah tak boleh dapat duit? Wanita yang tidak bekerja perlu bijak untuk mencari peluang menjana pendapatan walaupun hanya duduk di rumah. Tidaklah bosan saja di rumah. Online business adalah pekerjaan yang paling mudah untuk dilakukan dimana-mana sahaja. Selain itu, anda juga boleh membuat home tuition, selain dapat duit, dapat juga berkongsi ilmu. Dengan adanya side income ini, ia dapat membantu menambahkan jumlah pendapatan keluarga dan meringankan beban suami.

4) Menjaga keperluan suami dan rumah tangga.

Selain dapat memberi perhatian kepada anak, si isteri juga boleh menjaga keperluan suami sepenuhnya. Jika sebelum ini memerlukan khidmat pembantu rumah untuk menguruskan semuanya, tetapi selepas berhenti kerja semuanya sudah boleh dilakukan sendiri. Suami pasti lebih seronok untuk pulang ke rumah selepas kerja, tambahan pula kalau ada hidangan daripada air tangan isteri sendiri. Walaubagaimanapun, tugas suri rumah tidak semestinya hanya dilakukan oleh kaum wanita, tetapi suami juga turut digalakkan untuk menggalas tanggungjawab tersebut agar isteri tidak rasa terbeban.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen